BOLKIAH GARRISON, Saturday, 11 November 2023 – The Ministry of Defence received an official visit from Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi Komandan Jenderal Komando Pasukan Khusus Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (KOPASSUS TNI-AD)
who is in Brunei Darussalam from 10 to 12 November 2023.
Earlier this morning, His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, consented to receive in audience Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi at Qashr Al-Meezan.
In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience from Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi at Istana Nurul Iman.
Earlier at the Ministry of Defence, Yang Terhormat Mayor Jenderal KOPASSUS TNI-AD Deddy Suryadi paid separate calls to Yang Behormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister’s Office and Minister of Defence II and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
During the calls, both sides reaffirmed their commitments to strengthening bilateral defence and military cooperation and exchanged views on regional developments of mutual interest.
Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi and his delegation are in the country for a three-day official visit from 10 to 12 November 2023 as part of the visit programme for Exercise Petir Sakti which is currently held from 6 to 15 November 2023.
Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces and KOPASSUS TNI-AD have a strong defence relationship since 2011.This interaction serve to strengthen the bilateral relationship between both countries as well as enhance cooperation, sharing of knowledge and expertise amongst the participating forces.




LAWATAN RASMI DARIPADA KOMANDAN JENDERAL KOMANDO PASUKAN KHUSUS TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN DARAT
(KOPASSUS TNI-AD) KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 11 November 2023 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi Komandan Jenderal Komando Pasukan Khusus Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (KOPASSUS TNI-AD) yang berada di Negara Brunei Darussalam pada 10 hingga 12 November 2023.
Awalnya pada sebelah pagi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan menerima mengadap
Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi di Qashr Al-Meezan.
Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi di Istana Nurul Iman.
Terdahulu di Kementerian Pertahanan Yang Terhormat Mayor Jenderal Komandan Jenderal TNI Deddy Suryadi telah mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah menekankan komitmen bersama untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dan ketenteraan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.
Yang Terhormat Mayor Jenderal TNI Deddy Suryadi dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula dari 10 hingga 12 November 2023 bersempena dengan Eksesais Petir Sakti yang sedang dilaksanakan bermula pada 6 hingga 15 November 2023.
Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan KOPASSUS TNI-AD mempunyai hubungan pertahanan yang kukuh sejak 2011. Interaksi tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala diantara kedua-dua negara serta meningkatkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara tentera yang terlibat.