​​BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 8 November 2023 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from His Excellency Dr. Achmad Ubaedillah, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of The Republic of Indonesia to Brunei Darussalam today. Also in attendance were Acting Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, Commander RBAF took the opportunity to congratulate His Excellency on his new appointment. Both sides acknowledged the close ties between the two countries that have been nurtured over the years through active engagement and cooperation. Commander RBAF highlighted his support for Indonesia’s role as chairman in various ASEAN meetings this year, such as ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), ADMM-PLUS Meeting, ASEAN Chiefs of Defence Forces’ Meeting (ACDFM), ASEAN Military Intelligence Meeting (AMIM), and ASEAN Military Operations Meeting (AMOM). Both sides also emphasized the importance of the bonds of professionalism and friendship between the two countries to remain strong and steadfast towards the future. Therefore, it is expected for bilateral defence and military interactions to be further continued. 



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA TUAN YANG TERUTAMA DR.ACHMAD UBAEDILLAH, DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK INDONESIA 
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 8 November 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Dr.Achmad Ubaedillah Duta Besar Istimewa dan Mutlak  Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan pengenalan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas perlantikan baru. Kedua belah pihak bersetuju dalam menyatakan hubungan erat antara kedua negara telah dipupuk selama bertahun-tahun melalui kerjasama dan interaksi yang aktif. Pemerintah ABDB juga menyatakan sokongan terhadap peranan Indonesia sebagai pengerusi dalam pelbagai mesyuarat ASEAN pada tahun ini, seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), Mesyuarat ADMM-PLUS, Mesyuarat ASEAN Chiefs of Defence Forces’ (ACDFM), Mesyuarat ASEAN Military Intelligence (AMIM), dan Mesyuarat ASEAN Military Operations (AMOM). Kedua belah pihak juga menekankan kepentingan ikatan profesionalisme dan persahabatan antara kedua buah negara untuk kekal kukuh dan stabil pada masa akan datang. Oleh itu, adalah diharapkan interaksi pertahanan dan ketenteraan dua hala akan kekal berterusan.​