
BERAKAS, Tuesday, 31 October 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to present awards in conjunction with the 30th Civil Service Day celebration held at the International Convention Centre, Berakas.
Four recipients from the Ministry of Defence received Excellent Civil Service Employee Awards or Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) from Division II to Division V. The recipients were Dayang Mabel Lim Fang Yee, Senior Executive Officer, Directorate of Defence Policy (Division II); Dayang Normah binti OKM Haji Mohd Jair, Assistant Administrator; Finance Section, Directorate of Administration and Manpower (Division III); Awang Haji Zaini bin Ajong, Cameraman Grade 1, Public Relation Unit (Division IV) and Awang Mohare bin Haji Putih, Supervisor, Branch and Supervisor Unit, Directorate of Administration and Manpower (Division V).
The recipient for Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) was awarded to Awang Abu Bakar bin Haji Ghani, Mess Servant Grade III, Finance Section, Directorate of Administration and Manpower.
The APCPA is an acknowledgement and recognition to civil servants who have demonstrated exemplary work quality, character and performance whereas the AKB2PA award is awarded to those who have shown their service and dedication to the organisation and the community.
This year’s celebration theme is “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”.





LIMA WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH HARI PERKHIDMATAN AWAM 2023
BERAKAS, Selasa, 31 Oktober 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan anugerah kepada penerima-penerima dari kalangan warga perkhidmatan awam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-30 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Empat orang penerima dari Kementerian Pertahanan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dari Bahagian II ke Bahagian V. Mereka ialah Dayang Mabel Lim Fang Yee, Pegawai Kerja Kanan, Jabatanarah Dasar Pertahanan (Bahagian II); Dayang Normah binti OKM Haji Mohd Jair, Penolong Pentadbir, Bahagian Kewangan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian III); Awang Haji Zaini bin Ajong, Jurugambar Tingkat I, Unit Perhubungan Awam (Bahagian IV) dan Awang Mohare bin Haji Putih, Pengawas Kecil, Unit Cawangan dan Pengawasan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian V).
Manakala seorang penerima Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) ialah Awang Abu Bakar bin Haji Ghani, Pelayan Mess Tingkat III, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.
APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi, manakala AKB2PA dianugerahkan kepada kakitangan yang mempamerkan jasa dan khidmat bakti kepada organisasi dan masyarakat.
Sambutan Hari Perkhidmatan Awam tahun ini bertemakan “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”.