
RAWALPINDI, ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN, Tuesday, 24 October 2023 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Ministry of Defence of the Islamic Republic of Pakistan held the 6th Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting at the Islamic Republic of Pakistan Ministry of Defence Auditorium in Rawalpindi.
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence Brunei Darussalam, and Lieutenant General (Retired) Hamood Uz Zaman Khan, Secretary of Defence, Islamic Republic of Pakistan Ministry of Defence. Defence and military officials from both countries were also in attendance.
During the meeting, both sides reaffirmed their commitment to further strengthen and deepen bilateral relations. The panel observed discussions around the progress on the bilateral defence cooperation instead of prospects for potential areas of future cooperation. Brunei Darussalam and Islamic Republic of Pakistan also had the opportunity to exchange views on the regional security outlook.
On the sidelines of the JDWC meeting, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin and delegation also had the opportunity to visit the Defence Export Promotion Organization (DEPO) and the National Aerospace Science and Technology Park (NASTP), Islamic Republic of Pakistan.
The JDWC meeting between the two countries was established through the signing of Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 19 May 2004. The meeting serves as a platform for both defence establishments to exchange views on matters of mutual concern as well as to discuss current and future defence cooperation.



MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA YANG KE-6 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK ISLAM PAKISTAN
RAWALPINDI, REPUBLIK ISLAM PAKISTAN, Selasa, 24 Oktober 2023 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Republik Islam Pakistan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-6 di Auditorium Kementerian Pertahanan Republik Islam Pakistan Pakistan di Rawalpindi.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Leftenan Jeneral (Bersara) Hamood Uz Zaman Khan, Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Republik Islam Pakistan. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pertahanan dan angkatan tentera dari kedua-dua buah negara.
Semasa mesyuarat tersebut, kedua belah pihak mengesahkan komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala. Mesyuarat tersebut juga telah membincangkan kemajuan mengenai kerjasama pertahanan dua hala dan menerokai prospek yang berpotensi bagi bidang kerjasama di masa akan datang. Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan juga berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau.
Di samping itu, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin serta rombongan turut berpeluang untuk melawat Defence Export Promotion Organization (DEPO) dan National Aerospace Science and Technology Park (NASTP), Republik Islam Pakistan.
Mesyuarat JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan ditubuhkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Pertahanan yang telah ditandatangani pada 19 Mei 2004. Mesyuarat tersebut berfungsi sebagai platform bagi pertukaran pandangan mengenai perkara-perkara yang menjadi kebimbangan bersama selain membincangkan kerjasama pertahanan yang sedia ada dan yang akan datang.