
BERAKAS, 18 October 2023 – The Ministry of Defence, through the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have participated in an emergency aircraft disaster exercise, known as Exercise BANGAU PUTIH III, conducted by the Department of Civil Aviation, Ministry of Transportation and Infocommunications involving several government and non-government agencies working together to handle an aircraft accident should it ever occur at the Berakas International Airport (BIA). The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) is amongst the government agencies activated by the Department of Civil Aviation through the Joint Forces Headquarters Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF) to provide emergency assistance according to the Standard Operating Procedure (SOP) of the Airport Emergency Plan 2023 under the code name ‘OPS ANGKASA’.
Several units from the RBAF were activated through this exercise including the Medical and Health Services from the Royal Brunei Land Force and the Rimba Air Force Base to provide medical aid to the victims. Additionally, the Royal Brunei Air Force’s Military Transport Office provides transportation to ease the transfer of lightly injured victims from the Casualty Management Area (CMA) to the Casualty Clearance Centre (CCC).
Through this exercise, the effectiveness of the SOP OPS ANGKASA is tested and evaluated, offering an opportunity to identify capability gaps for improvements. This exercise is amongst the platforms that allow the RBAF to foster closely-knit cooperation with government and non-government agencies towards achieving the Whole of Government and Whole of Nation Approach as emphasised in the Defence White Paper 2021.





KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI EKSESAIS BANGAU PUTIH III
BERAKAS, Rabu, 18 Oktober 2023 – Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Eksesais BANGAU PUTIH III iaitu latihan kecemasan nahas pesawat yang dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang melibatkan beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk berganding bahu didalam menangani kemalangan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas (LTAB). Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah diantara agensi-agensi kerajaan yang telah dikerahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam melalui Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB) untuk memberikan bantuan kecemasan sepertimana di Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Kecemasan Lapangan Terbang 2023 dibawah nama kod ‘OPS ANGKASA’.
Diantara unit-unit ABDB yang telah dikerahkan melalui eksesais ini ialah Khidmat Perubatan dan Kesihatan dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Pangkalan Tentera Udara Rimba yang dipertanggungjawapkan untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa nahas pesawat. Disamping itu juga, Pejabat Kenderaan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dipertanggungjawapkan untuk menyediakan bantuan kenderaan untuk pemindahan mangsa-mangsa yang mengalami cedera ringan dari
Casualty Management Area (CMA) ke Casualty Clearance Centre (CCC).
Melalui eksesais ini, keberkesanan SOP OPS ANGKASA dapat diuji dan dinilai serta memberikan ruang untuk mengenalpasti jurang-jurang keupayaan yang memerlukan penambaikan. Eksesais ini juga adalah diantara plaform yang membolehkan ABDB meningkatkan kerjasama rapat bersama agensi-agensi kerajaan mahupun agensi-agensi bukan kerajaan bagi mencapai pendekatan
Whole of Government dan
Whole of Nation sepertimana yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021.