BOLKIAH GARRISON, Monday, 16 October 2023 - A flag handover ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingent who will join the Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) peacekeeping mission to the United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) was held in Bolkiah Garrison this afternoon. 

Present at the ceremony were Yang Mulia Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam Bin Sulaiman, Royal Brunei Land Force Commander and His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam.
 

Also present were Services Commanders, Directors, Commandants, Malaysian Defence Adviser to Brunei Darussalam, military and civilian senior officers, as well as officers and staff of the Ministry of Defence. 

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, led by Captain Abdul Mu’iz Azizi Bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

The ceremony then presided with handing the national flag by the Commander of RBLF to Major Mohammad Hafizi bin Sabli, Head of Brunei Darussalam’s Contingent for MALBATT 850-11. The ceremony concluded with group photo session.

RBAF has been involved in the UNIFIL peacekeeping mission since 2008 which aligns with Brunei Darussalam’s support in upholding the United Nations’s three main pillars; Peace and Security, Human Rights and Development. RBAF remains committed to contributing to regional and international peace and stability, as being part of its commitment with regards to global peace and security.









UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEBANGSAAN BAGI KONTINGEN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG MENYERTAI MISI PENGAMAN PASUKAN INTERIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI LUBNAN (UNIFIL) 

BOLKIAH GARISON, Isnin, 16 Oktober 2023 – Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada kontingen Angkatan Bersenjatan Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) dalam penugasan misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah berlangsung petang tadi di Bolkiah Garison.

Hadir pada upacara tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam Bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan. 

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Kapten Abdul Mu’iz Azizi Bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

Upacara penyerahan bendera kemudiannya disampaikan oleh Pemerintah TDDB kepada Mejar Mohammad Hafizi bin Sabli, Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi MALBATT 850-11. Upacara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

ABDB telah turut serta dalam misi pengaman
UNIFIL sejak tahun 2008 untuk menyelaraskan dan mempertahankan kepentingan Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan tiga tonggak utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Keamanan dan Keselamatan, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan. ABDB tetap komited untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan antarabangsa, sebagai sebahagian daripada komitmen kearah keamanan dan kestabilan global.