BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 3 October 2023 – The 2nd Workshop on “A Future-Ready ADMM and ADMM-Plus: A Strategy Paper” commenced today at the Rizqun International Hotel and will conclude on the following day on 4 October 2023. The workshop is co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary, Brunei Darussalam’s Ministry of Defence and Colonel Phua Jia Kai, Director of Defence Policy Office, Singapore’s Ministry of Defence.


The delegates from ASEAN Member States and the ASEAN Secretariat had the opportunity to engage in constructive dialogue and exchanged valuable insights on “Perspectives on ADMM and ADMM-Plus: Mapping the Future in Regional Dynamics” presented by Mr David Lewis, Assistant Secretary Southeast Asia, International Policy Division, Australian Department of Defence and Professor Anak Agung Banyu Perwita, Republic of Indonesia Defense University. The workshop further resumed with the discussions on “Strengthening the ADMM and ADMM-Plus Cooperation: Enhancing Sustainability and Overcoming Challenges” led by Mr Chiang Chie Foo, former Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence Singapore. 


The Strategy Paper workshop aims to explore and discuss the evolving role of the ADMM and ADMM-Plus in the current regional dynamics and enhance the cooperation by addressing issues related to sustainability and challenges to promote peace, stability and prosperity. 









BRUNEI DARUSSALAM DAN SINGAPURA MEMPENGERUSI BERSAMA BENGKEL KE-2
“A FUTURE-READY ADMM AND ADMM-PLUS: A STRATEGY PAPER”





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Oktober 2023 – Bengkel kedua bagi
“A Future-Ready ADMM and ADMM-Plus: A Strategy Paper” telah bermula pada hari ini di Hotel Antarabangsa Rizqun dan akan berakhir pada hari berikutnya pada 4 Oktober 2023. Bengkel tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kolonel Phua Jia Kai, Pengarah Pejabat Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Singapura.


Perwakilan dari negara-negara anggota ASEAN dan Sekretariat ASEAN berpeluang untuk terlibat dalam dialog yang membina dan bertukar-tukar pandangan yang bernilai mengenai
“Perspectives on ADMM and ADMM-Plus: Mapping the Future in Regional Dynamics” yang dibentangkan oleh Encik David Lewis, Penolong Setiausaha Asia Tenggara, Bahagian Dasar Antarabangsa, Jabatan Pertahanan Australia dan Profesor Anak Agung Banyu Perwita, Universiti Pertahanan Republik Indonesia. Bengkel itu diteruskan lagi dengan perbincangan mengenai “Strengthening the ADMM and ADMM-Plus Cooperation: Enhancing Sustainability and Overcoming Challenges” yang dibentangkan oleh Encik Chiang Chie Foo, mantan Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan Singapura.


Bengkel Kertas Strategi bertujuan untuk meneroka dan membincangkan peranan
ADMM dan
ADMM-Plus yang semakin berkembang serta meningkatkan kerjasama serantau dengan menangani isu berkaitan kemampanan dan cabaran, untuk mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran.​