
TUTONG CAMP, Friday, 29 September 2023 – The Ministry of Defence held the
Semarak Maulud event in commemoration of
Maulidur Rasul 1445 Hijrah simultaneously at all surau’s within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, bases and camps including Masjid Pulau Baru-Baru with the focal event held at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp today.
Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Directors, Commandants, senior officers and officers from the Ministry of Defence and RBAF.
Also invited as special guests were Yang Berhormat Haji Awang Daniel bin Haji Yaakub, Member of the Legislative Council and Mukim Head of Ukong, Tutong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Member of the Legislative Council and Village Head for Sengkarai, Tutong, Yang Mulia Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Deputy Permanent Secretary (Law, International and Research), Ministry of Home Affairs and Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Acting District Officer Tutong District.
The event commenced with the recitation of
Surah Al-Fatihah and Al-Quran verses recited by Ustaz Mohd Nur Amin bin Haji Jali from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by
Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Syifa and
Selawat Arzaq. A special religious talk with a topic ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’ was delivered by Ustaz Fahmi bin Haji Matnoor, officer from Syiar Islam Development Department, Ministry of Religious Affairs.
During the talk, Ustaz Fahmi emphasised that the Sunnah includes conversation, actions, and approval (taqrir) of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. The sunnah is a guidance for leading a productive, blessed and successful life if it is applied in our daily practice.
The event continued with
Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Istighfar and Taubat. It concluded with the recital of
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam, followed by a group photo session.
The
Semarak Maulud is one of the programs organised by JAMA’AT at all RBAF suraus to commemorate and signify the great days of Islam whilst seeking blessings and protection from Allah Subhanahu Wata’ala.

Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong




Surau Ad’ Difa’, Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut

Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar

Masjid Pulau Baru-Baru

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pengkalan Tentera Udara Rimba

Surau Asy-Syuhadah’, Akademi Pertahanan Tanah Jambu
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS SEMARAK MAULUD
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 29 September 2023 – Kementerian Pertahanan telah mengungkayahkan Majlis Semarak Maulud sempena memperingati Maulidur Rasul 1445 Hijrah yang diadakan secara serentak di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong pada hari ini.
Hadir bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah – Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, Pegawai-pegawai Kanan dan pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Turut hadir selaku jemputan khas ialah Yang Berhormat Haji Awang Daniel bin Haji Yaakub, Ahli Mesyuarat Negara juga selaku Penghulu Mukim Ukong, Tutong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Mesyuarat Negara juga selaku Ketua Kampung Sengkarai, Tutong, Yang Mulia Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat suci Al-Quran yang dikepalai oleh Ustaz Mohd Nur Amin bin Haji Jali dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan laungan Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Syifa dan Selawat Arzaq. Penyampaian ceramah khas bertajuk ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’ turut disampaikan oleh Ustaz Fahmi bin Haji Matnoor, Pegawai Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Melalui ceramah tersebut, Ustaz Fahmi menekankan sunnah merangkumi percakapan, perbuatan dan persetujuan (taqrir) Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang mana sunnah merupakan panduan lengkap dalam meraih kehidupan yang produktif, diberkati dan berjaya di segenap aspek jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Majlis diteruskan dengan Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Istighfar dan Taubat sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta sesi bergambar ramai.
Majlis Semarak Maulud merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh JAMA’AT di seluruh surau unit ABDB bagi memperingati dan lambang hari-hari kebesaran Islam, di samping memohon keberkatan dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala.