
LONDON, United Kingdom, Wednesday, 13, September 2023 – Research Officer, Alisa Lau Hui Na, from the Human Performance Lab (HPL), Performance Optimisation Centre (POC) presented in the 6th International Congress on Soldiers’ Physical Performance (6th ICSPP), London, United Kingdom from 12 until 14 September 2023.
The conference this year was organised by the British Army with the theme “Future Soldier: Delivering Human Advantage”. This conference was attended by medical, military and scientific experts in the field of soldier performance as a platform to exchange ideas, present new data and collectively enable soldiers to deliver human advantage within the future land warfare domain.
There were various thematic sessions covered including scientific keynote speakers and roundtable discussions being held during the Congress ranging from soldiers’ optimisation and enhancement of physical, cognitive, nutrition and behavioural performance, mental health and well-being, injury studies to data analytics and human machine teaming.
POC submitted an abstract titled ‘Can the Y-Balance Test be used as a predictor of injury occurrence during military training?’ which was accepted for a poster presentation on 13 September 2023.
This is the second time that POC was able to present in the ICSPP with the first participation held back in February 2020 at the 5th ICSPP in Quebec, Canada. POC presented five research papers back then with three oral presentations by 948 Major Dayangku Dr Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit and two poster presentations by 1258 Lieutenant Amalina A’liah binti Haji Gapor and Alisa Lau Hui Na respectively.
PEGAWAI PENYELIDIK DARI PUSAT OPTIMA KECERGASAN TENTERA MEMBENTANGKAN HASIL PENYELIDIKAN DALAM 6TH INTERNATIONAL CONGRESS ON SOLDIERS’ PHYSICAL PERFORMANCE
LONDON, United Kingdom, Rabu, 13 September 2023 – Pegawai Penyelidik, Alisa Lau Hui Na dari Makmal Prestasi Insan (MPI), Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT) telah membentangkan hasil kajiselidik beliau di International Congress on Soldiers’ Physical Performance yang Ke-6 (6th ICSPP), bertempat di London, United Kingdom dari 12 hingga 14 September 2023.
Kongres tahun ini dianjurkan oleh British Army dengan bertemakan “Future Soldier: Delivering Human Advantage”. Kongres ini telah dihadiri oleh pakar perubatan, tentera dan pakar sains dalam bidang prestasi tentera dan adalah salah satu platform yang ditubuhkan untuk pertukaran idea, membentangkan data baru dan secara kolektif membolehkan anggota tentera untuk mencapai kelebihan dan prestasi yang optima dalam domain peperangan darat masa hadapan.
Beberapa sesi tematik telah dijalankan pada Kongres tersebut, termasuk ucaptama para pembentang dan perbincangan meja bulat. Antara sesi tematik yang telah dirangkumi adalah mengenai peningkatan prestasi anggota tentera secara fizikal, kognitif, dari segi permakanan, tingkah laku, kesihatan mental dan kesejahteraan juga termasuk kajian mengenai kecederaan yang dialami ketika latihan, data analytics dan human machine teaming.
POKT telah mengemukakan sebuah abstrak dari hasil kajiselidik yang telah dijalankan bertajuk ‘Can the Y-Balance Test be used as a predictor of injury occurrence during military training?’ dan ianya telah diterima untuk dibentangkan melalui poster pada 13 September 2023.
Ini merupakan kali kedua pegawai penyelidik POKT Berjaya membentangkan hasil penyelidikan dalam ICSPP yang mana penyertaan pertama berlaku pada Februari 2020 di ICSPP yang ke-5 Quebec, Kanada. POKT telah berhasil membentangkan lima kertas kerja ketika itu dengan tiga pembentangan lisan oleh 948 Mejar Dayangku Dr Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit dan dua pembentangan poster oleh 1258 Leftenan Amalina A’liah binti Haji Gapor dan Alisa Lau Hui Na.