​BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 13 August 2023 – Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 was held in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th Birthday Anniversary at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Present during the Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 was Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were the Acting Permanent Secretary, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, officers and a total of 551 personnel of the Ministry of Defence.

The 10.30 km Riadah Berbasikal starts and ends at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan passing several main roads in Bandar Seri Begawan. The Ministry of Defence personnel also participated to greet with three cheers of ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’, upon His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam before His Majesty as well as other Royal family members mingled with the public prior to leaving Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien where the Riadah Berbasikal ended. 

 


KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2003 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Ogos 2023 – Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 telah diadakan bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 Tahun yang mengambil tempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Hadir bagi sama-sama memeriahkan Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, selaku Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABD). Turut menyertai bagi riadah tersebut adalah Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai berserta seramai 551 orang warga Kementerian Pertahanan.

Acara Riadah Berbasikal sejauh 10.30 km ini bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan melalui jalan-jalan utama Bandar Seri Begawan. Seluruh warga Kementerian Pertahanan juga turut menyertai laungan “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” sebanyak 3 kali sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat-kerabat Diraja yang lain bercemar duli beramai rakyat jelata dan seterusnya berangkat balik meninggalkan acara.