LUMUT CAMP, Friday, 22 May 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) celebrated three more RBAF personnel who recently embraced Islam during a ceremony held this afternoon at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers and personnel of the RBAF, as well as the family members of the celebrated personnel.
Special guests invited to the ceremony included the Acting District Officer of Belait District; Acting Director of Pusat Da’wah Islamiah; Head of Da’wah Development, Pusat Da’wah Islamiah; Acting Penghulu Mukim Gadong ‘A’ and Head Village of Kawasan 3, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Tungku; and Head Village of Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara Meragang.
The ceremony began with the recitation of the holy verses of the Quran, Surah Al-Mu’minun, Verses 1 to 11, recited by Yang Mulia Lance Corporal Haji Mohammad Fahmi ‘Izzuddin bin Mudim Awang Haji Tamin. The event continued with the chanting of Asmaul Husna and Selawat Tafrijiyyah, followed by Dikir Marhaban and the scattering of bunga rampai as a symbol of gratitude and joy in celebrating the new Muslim converts.
As a sign of appreciation and remembrance to commemorate the conversion ceremony, the RBAF Commander presented souvenirs to Yang Mulia Lance Corporal Muhammad Dazrren bin Dahlan from the Royal Guard Regiment, Royal Brunei Land Forces (RBLF); Yang Mulia Private Muhammad Nur Amizal bin Abdullah Anggang from the Third Battalion, RBLF; and Yang Mulia Laskar Muda Muhammad Darryl bin Jimmay, RBN, from the Support Squadron, Royal Brunei Navy (RBN).
The ceremony concluded with the recitation of the Do’a Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, followed by the mass Fardhu Asr Prayer, Selawat Qiyam, Surah Al-Asr, Tasbih Kifarah, and a Do’a to seek forgiveness, and ended with a group photo session.
This ceremony was held to further strengthen the bonds of friendship among RBAF personnel and provide moral as well as spiritual support to newly converted RBAF personnel as they embark on a new phase in their lives.










ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAUDARA BARU
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 22 Mei 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah meraikan tiga lagi anggota ABDB yang baharu memeluk agama Islam dalam satu majlis yang berlangsung pada petang tadi di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB dan ahli keluarga anggota-anggota yang diraikan.
Turut diundang sebagai jemputan khas ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait; Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah; Ketua Perkembangan Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah; Pemangku Penghulu Mukim Gadong ‘A’ dan Ketua Kampong Kawasan 3, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Tungku; dan Ketua Kampong Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara Meragang.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Mu’minun, Ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Yang Mulia Lans Koperal Haji Mohammad Fahmi ‘Izzuddin bin Mudim Awang Haji Tamin. Acara diteruskan dengan laungan Asmaul Husna dan Selawat Tafrijiyyah, diikuti dengan Dikir Marhaban serta taburan bunga rampai sebagai simbol kesyukuran dan kegembiraan dalam meraikan saudara-saudara baharu yang diraikan.
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan bagi memperingati majlis pengislaman tersebut, Yang Mulia Pemerintah ABDB telah menyampaikan cenderamata kepada Yang Mulia Lans Koperal Muhammad Dazrren bin Dahlan dari Rejimen Pengawal Diraja, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB); Yang Mulia Soldadu Muhammad Nur Amizal bin Abdullah Anggang dari Batalion Ketiga TDDB; dan Yang Mulia Laskar Muda Muhammad Darryl bin Jimmay, TLDB dari Skuadron Bantu, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Majlis diakhiri dengan bacaan Do’a Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah, Selawat Qiyam, Surah Al-Asr, Tasbih Kifarah, serta Do’a memohon keampunan dan disudahi dengan sesi bergambar beramai. Majlis ini diungkayahkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga ABDB serta memberikan sokongan moral dan kerohanian kepada saudara-saudara baru ABDB dalam mengharungi fasa baharu kehidupan mereka.