BOLKIAH GARRISON, Thursday 21 May 2026 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended the 23rd ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (23rd ACDFM), held virtually on Thursday, 21 May 2026. The meeting was hosted by the Armed Forces of the Philippines and chaired by His Excellency General Romeo S. Brawner Jr., Chief of Staff of the Armed Forces of the Philippines (AFP), under the theme “Securing Our Future, Together”.
The Key outcomes of the 23rd ACDFM included the adoption of the ASEAN Militaries Two-Year Activity Work Plan 2026–2027 and the signing of the 23rd ACDFM Joint Statement. During the Exchange of Views session, the Commander of the RBAF addressed the evolving regional and global security landscape. The RBAF Commander underscored the necessity of preventing miscalculation, fortifying ASEAN unity and consensus, and enhancing resilience and cooperation to effectively manage emerging and cross-domain challenges. Highlighting the significance of this year’s theme, the Commander of the RBAF affirmed ACDFM’s role as a crucial platform for strategic dialogue, confidence-building measures, and tangible cooperation among ASEAN militaries.
Furthermore, the Commander of the RBAF extended a warm welcome to Republic Democratic Timor-Leste as the newest member of ASEAN, acknowledging its admission as a testament to ASEAN’s unwavering dedication to inclusivity, unity, and regional integration.
The meeting concluded with the official handover of the position of Chairman of the ACDFM to the Republic of Singapore which was accepted by His Excellency Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng Yao Cheng, Chief of Defence Force, Republic of Singapore Armed Forces, who will assume the position of Chairman for the 24th ACDFM in 2027.






MESYUARAT KETUA-KETUA ANGKATAN TENTERA ASEAN KE-23 (ACDFM) DIADAKAN SECARA MAYA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 21 Mei 2026 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menghadiri ASEAN Chief of Defence Forces Meeting ke-23 (ACDFM ke-23), yang diadakan secara maya pada Khamis, 21 Mei 2026. Mesyuarat tersebut telah dihoskan oleh Angkatan Bersenjata Filipina dan dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Romeo S. Brawner Jr., dengan bertemakan “Securing Our Future, Together”.
Turut menyertai mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, ketua delegasi ABDB bagi ASEAN Military Operations Meeting (AMOM) ke-16, dan Yang Mulia Kolonel (Udara) Pengiran Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan, ketua delegasi ABDB bagi ASEAN Military Intelligence Meeting (AMIM) ke-23. Mesyuarat AMOM dan AMIM, juga telah diadakan secara maya pada hari selasa. 19 Mei 2026 dan hari Rabu, 20 Mei 2026.
Hasil utama ACDFM ke-23 termasuk penggunaan Pelan Kerja Aktiviti Dua Tahun Tentera ASEAN 2026–2027 dan pemeteraian Kenyataan Bersama ACDFM ke-23. Semasa sesi Pertukaran Pandangan, Yang Mulia Pemerintah ABDB telah berkongsi pandangan mengenai landskap keselamatan serantau dan global yang semakin berkembang. Yang Mulia Pemerintah ABDB juga telah menggariskan keperluan untuk mencegah salah pengiraan, mengukuhkan perpaduan dan konsensus ASEAN, dan meningkatkan daya tahan dan kerjasama untuk menguruskan cabaran baru dan merentas domain dengan berkesan. Dengan memfokuskan kepentingan tema tahun ini, Yang Mulia Pemerintah ABDB mengesahkan peranan ACDFM sebagai platform penting untuk dialog strategik, langkah membina keyakinan, dan kerjasama erat dalam kalangan tentera ASEAN.
Selain itu, Pemerintah ABDB juga tidak lupa mengucapkan selamat datang kepada Republik Demokratik Timor-Leste sebagai anggota terbaharu ASEAN, yang mana kemasukannya adalah bukti dedikasi ASEAN yang tidak berbelah bagi terhadap keterangkuman, perpaduan dan integrasi serantau.
Mesyuarat tersebut diakhiri dengan penyerahan rasmi jawatan Pengerusi ACDFM ke Republik Singapura yang diterima oleh Tuan Yang Terutama Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng Yao Cheng, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, yang akan memegang jawatan Pengerusi untuk ACDFM ke-24 pada 2027.