RIMBA AIR FORCEBASE, Tuesday, 19 May 2026 – A media conference for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Celebration was held this morning at the Alap-Alap Room, Royal Brunei Air Force Headquarters, Rimba Air Force Base.
The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Yang Mulia Captain (Udara) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The media conference session then continued with the delivery of the official Media Statement on the RBAF 65th Anniversary Celebration by Yang Mulia Lieutenant Colonel (Udara) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Spokesperson at the Ministry of Defence. Also present during the session were Yang Mulia Colonel (Udara) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Deputy Commander Royal Brunei Air Force, in his capacity as the Chairman of the RBAF 65th Anniversary Celebration and Yang Mulia Lieutenant Colonel (Udara) Sherpor Nezam bin Haji Ghapor, Chief Secretariat of the RBAF 65th Anniversary Celebration. The session also included a question-and-answe segment with members of the media.
The media conference aimed to further enliven and highlight the upcoming RBAF 65th Anniversary Celebration scheduled to take place on Sunday, 31 May 2026, while also serving as a platform for conveying official information to the general public regarding the planned activities and programmes for the celebration. It also serves as a continuation of the publicity efforts following the Poster Presentation Ceremony held previously. Among the matters shared during the session included the duration of the celebration, opening hours for the public, traffic control arrangements, designated parking areas, shuttle bus services, bazaars, as well as safety and security reminders.
The session continued with a Media Coordination Briefing followed by a media walkthrough session across all segment of the program to ensure smooth and well-coordinated media coverage throughout the main celebration day.
Members of the general public are warmly welcomed to attend the celebration together with their families to further enliven the occasion. As additional information, the Grand Parade will be on livestreamed aired via RTB Sukmaindra and RTB Perdana, online through RTB Go Live and over the RTB Nasional and RTB Pilihan radio channels.
For further information and the latest updates on the celebration, including the media statement delivered during the session, members of the public may follow the official Ministry of Defence social media account on Instagram @mindefbrunei and visit the official website of the Ministry of Defence at at www.mindef.gov.bn.








SIDANG MEDIA BAGI SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-65
PANGKALAN TENTERA UDARA, Selasa, 19 Mei 2026 – Satu sidang media sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-65 telah diadakan di Bilik Alap-Alap, Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Pangkalan Tentera Udara Rimba pagi ini.
Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten (Udara) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Seterusnya sesi sidang media diteruskan dengan menyampaian Keterangan Media mengenai Sambutan HUT ABDB Ke-65 oleh Yang Leftenan Kolonel (Udara) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Jurucakap Kementerian Pertahanan. Turut hadir pada sesi tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (Udara) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei selaku Pengerusi Tertinggi Sambutan HUT ABDB Ke-65 dan Yang Mulia Leftenan Kolonel (Udara) Sherpor Nezam bin Haji Ghapor, Ketua Urusetia Sambutan HUT ABDB Ke-65. Sesi tersebut turut diselitakan dengan sesi soal jawap bersama pihak media.
Sidang media tersebut bertujuan untuk menyemarakkan dan mengetengahkan Sambutan HUT ABDB Ke-65 yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 31 Mei 2026, di samping menjadi wadah pemberigaan maklumat rasmi kepada orang ramai mengenai acara-acara dan perisian yang telah dirancang semperna sambutan tersebut. Ianya jua merupakan kesinambungan usaha pemberigaan susulan daripada Majlis Penyerahan Poster yang telah diadakan sebelum ini. Antara perkara yang dikongsikan termasuk tempoh sambutan, waktu pembukaan kepada orang ramai, kawalan lalulintas, lokasi kawasan letak kereta, perkhidmatan bas ulang-alik, bazaar jualan, serta peringatan berkaitan keselamatan dan sekuriti.
Sesi turut diteruskan dengan Sesi Taklimat Koordinasi Media serta sesi ‘media walkhthough’ ke setiap segmen aturcara bagi memastikan penyelarasan liputan media berjalan dengan lancar dan teratur di sepanjang hari kemuncak nanti.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan lagi suasana sambutan itu nanti. Sebagai makluman tambahan, Upacara Perbarisan Raksasa akan disiarkan secara langsung melalui saluran RTB Sukmaindra dan RTB Perdana, serta secara dalam talian melalui RTB Go Live, dan juga melalui siaran radio RTB Nasional dan RTB Pilihan. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai sambutan ini, termasuk kenyataan media yang telah disampaikan, orang ramai bolehlah mengikuti akaun media sosial rasmi Kementerian Pertahanan di Instagram @mindefbrunei dan melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pertahanan di www.mindef.gov.bn.