BOLKIAH GARRISON, Thursday, 16 May 2019 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) organised the ‘Ihya Ramadhan’ programme comprising various activities to celebrate throughout the holy month of Ramadhan 1440H. 

This year’s ‘Ihya Ramadhan’ programme features religious activities such as cleaning campaigns in mosques and cemeteries, conducting tahlil ceremony at the Royal Mausoleum, including holding religious lectures after performing the Zuhur prayer. 

Today’s lectures entitled “My Family My Hope: Effective Ramadhan Education” were held simultaneously at all suraus in all the RBAF Garrisons and camps. In addition to the holy month of Ramadhan, today’s religious lectures organised by the Religious Department RBAF were also in conjunction with the National Family Day celebrated nationwide this month. 

The lectures were delivered by: 

Dr. Shahbuddin bin Haji Laming, Adjunct Professor at Faculty of Usuluddin, Sultan Sharif Ali University (UNISSA) at Surau Ad-Difa’ in Bolkiah Garrison;

Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, UNISSA International Public Relations Center Director at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison;

Ustaz Haji Mohd Naqib bin Haji Awang, Officer of the Affairs of the Mosque, Islamic Da’wah Center at Surau Al-Huda, Muara Naval Base;

Ustaz Haji Azman bin Haji Musa, Brunei Muara Family Advisory Officer at Surau Al-Barakah, Rimba Air Base;

Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Haji Mansur bin Mohd Ali, Da’wah Officer at Islamic Da’wah Center at Surau Asy-Syuhada’, Defence Academy RBAF;

Dr. Zulkifli bin Haji Zakaria, lecturer of Faculty of Education, Seri Begawan Religious Teachers University College at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison;

Ustaz Haji Abdullah Amer bin Haji Abd Hamid, Tutong District Family Advisory Service Officer at Surau Pengiran Ratna Indera (P.R.I), Tutong Camp;  

Ustaz Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Belait District Religious Affairs Officer at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp; and

Ustaz Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Head of Temburong Religious Officer at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp.

Present at the lecture in Bolkiah Garrison were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF; Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Joint Force Commander of the RBAF; Acting Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence; military and civilian directors; senior officers; officers and members of the Ministry of Defence and RBAF.

CERAMAH KHAS SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN “KELUARGAKU HARAPANKU”

BOLKIAH GARISON, Khamis, 16 Mei 2019 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menganjurkan program Ihya Ramadhan yang merangkumi pelbagai aktiviti sempena bulan suci Ramadhan 1440H. Program Ihya Ramadhan pada tahun ini diserikan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti kempen membersihkan masjid dan tanah perkuburan, mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, dan juga kuliah keugamaan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah.

Kuliah hari ini bertajuk “Keluargaku Harapanku: Pendidikan Ramadhan yang Berkesan” telah diadakan serentak di setiap surau perkhemahan ABDB. Selain meraikan bulan suci Ramadhan, kuliah agama yang dianjurkan oleh Jabatan Agama ABDB ini juga bersempena menyambut Hari Keluarga Kebangsaan yang diraikan di seluruh negara pada bulan ini.

Kuliah-kuliah tersebut telah disampaikan oleh: 

Dr. Shahbuddin bin Haji Laming, Penolong Professor, Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison;

Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam Antarabangsa UNISSA di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison;

Ustaz Haji Mohd Naqib bin Haji Awang, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara;

Ustaz Haji Azman bin Haji Musa, Pegawai Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba;

Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Haji Mansur bin Mohd Ali, Pegawai Penyebaran Dakwah, Pusat Da’wah Islamiah di Surau Asy-Syuhada’, Akademi Pertahanan ABDB;

Dr. Zulkifli bin Haji Zakaria, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison;

Ustaz Haji Abdullah Amer bin Haji Abd Hamid, Pegawai Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Daerah Tutong di Surau Pengiran Ratna Indera (P.R.I), Tutong Kem;

Ustaz Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Daerah Belait di Surau Ar-Rahmah, Lumut Kem; dan

Ustaz Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Ketua Pegawai Agama, Daerah Temburong di Surau Al-Quwwah, Bangar Kem.

Hadir di dalam kuliah yang diadakan di Bolkiah Garison ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan; pengarah-pengarah tentera dan awam; pegawai-pegawai kanan; serta warga Kementerian Pertahanan dan anggota ABDB.