PENANJONG GARRISON, Tuesday, 29 September 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, the Second Minister of Defence made a working visit to the Training Institute Royal Brunei Armed Force (TI RBAF), this morning. Accompanying the Second Minister of Defence were Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretary, Acting Deputy Permanent Secretary and Director of Development and Work Service.

Upon arrival, the Second Minister of Defence was welcomed by Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAF and Colonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of TI RBAF along with senior officers, officers and personnel of TI RBAF. 

The visit commenced with a briefing session delivered by Commandant of TI RBAF followed by a visit to the Training Simulation Center (TSC) and to Fighting In Built Up Areas (FIBUA) Complex. Both training facilities are TI RBAF’s achievement in building realistic practical training facilities that are in line with TI RBAF’s vision of providing quality
in military training.

The delegation also visited the Recruit Company and
Dewan Nikmat TI RBAF as well as the Special Forces Regiment (SFR) Headquarters. TI RBAF also held a Tree Planting Ceremony for the Second Minister of Defence within the compound of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. 

At the end of the visit, the Second Minister of Defence also had the opportunity for an interaction session with Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Legislative Council Member, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit,
Penghulu Mukim
Telisai
and Yang Berhormat Awang Haji Wahab bin Apong,
Penghulu Mukim
Tanjung
Maya, along with Awang Ajmin bin Haji Meludin, Acting Tutong District Officer as well as TI RBAF’s and SFR’s officers which then proceeded with a luncheon at Penanjong Garrison’s Officer’s Mess.







 

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE INSTITUT LATIHAN ABDB


PENANJONG GARISON, Selasa, 29 September 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pagi ini. 

Menyertai rombongan bagi lawatan kerja ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap serta Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja. 

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah disambut oleh Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB dan Kolonel Mohd Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB, beserta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota IL ABDB. 

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Komandan IL ABDB dan diikuti dengan lawatan ke
Training Simulation Center (TSC) dan Kompleks
Fighting In Built Up Areas
(FIBUA). Kedua-dua fasiliti latihan tersebut adalah antara perkembangan IL ABDB dalam usaha untuk menghasilkan latihan yang realistik sejajar dengan visi IL ABDB iaitu menyediakan institusi latihan tentera yang berkualiti.

Rombongan juga mengunjungi Kompeni Rekrut, Dewan Nikmat IL ABDB dan Markas Rejimen Pasukan Khas (RPK). IL ABDB serta mengadakan Majlis Penanaman Pohon bagi Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua di kawasan Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Di akhir lawatan, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Awang Haji Wahab bin Apong, Penghulu Mukim
Tanjung
Maya dan Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, dan Pegawai-pegawai IL ABDB dan RPK serta diteruskan dengan acara jamuan tengah hari di Mes Pegawai Penanjong Garison.