
Sunday 14 January 2018 – The Wira Cup Golf Competition 2017 was held at the RBA Golf Club, featuring 36 active serving RBAF players and 36 retired RBAF officers.
The Pegawai Askar Bersara (PAB) was led by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong featured among others, Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (Retired) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, The Minister of Culture Youth and Sports; First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Husin bin Ahmad; and retired RBAF senior officers and officers.
Meanwhile, the RBAF team was represented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the RBAF; Services Commanders; senior officers and officers of the RBAF.
The PAB claimed victory of the Wira Cup trophy with 746 points over the currently-serving team which had scored 736 points.
At the prize-giving ceremony, Colonel (Retired) Dato Paduka Haji A. Jumat bin Haji Zakaria of the PAB highlighted that the Wira Cup tournament, which competes a trophy donated by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith, aims to strengthen ties between the two generations of RBAF officers. He also expressed hope that the tradition and spirit of the competition would continue in the years to come.



PERLAWANAN GOLF PIALA WIRA 2017
Ahad 14 Januari 2018 – Perlawanan Golf Piala Wira 2017 telah berlangsung di Kelab Golf RBA dengan menampilkan 36 pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masih berkhidmat dan 36 pegawai-pegawai ABDB yang telah bersara.
Pasukan Pegawai Askar Bersara (PAB) diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong. Turut mewakili PAB ialah Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Husin bin Ahmad; serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB yang telah bersara.
Manakala, pasukan ABDB diwakili oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.
Pasukan PAB telah berjaya memenangi piala Wira Cup dengan mengutip sebanyak 746 mata dan menewaskan pasukan ABDB yang telah mengutip sebanyak 736 mata.
Semasa majlis penyampaian hadiah, Kolonel (B) Dato Paduka Haji A. Jumat bin Haji Zakaria dari pasukan PAB menekankan bahawa perlawanan golf Piala Wira, yang mana piala adalah sumbangan daripada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan baik di antara kedua-dua generasi pegawai ABDB. Beliau seterusnya menyatakan harapan agar tradisi dan semangat perlawanan akan dapat diteruskan sampai bila-bila.