
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 10 December 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a courtesy call by Major General Jonathan P. Braga, Commander Special Operations Command, Pacific, United States of America at the Ministry of Defence this morning.
During the call, both sides affirmed the friendly relations between the two countries and the robust bilateral cooperation notably in the area of defence and military cooperation. Both sides also highlighted the ongoing cooperation in military-related activities, notably with CARAT (Cooperation Afloat Readiness and Training) Exercise in its 25th year, which was held from 22 to 31 October 2019, as well as other training opportunities for the military services.
Major General Braga also paid a separate courtesy call to Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Both armed forces interact regularly through bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, and courses, which has enhanced their professionalism and interoperability.
Major General Jonathan P. Braga assumed command of the Special Operations Command Pacific (SOCPAC) on 27 July 2018. Brunei Darussalam and the United States of America established its defence relations through the Memorandum of Understanding in Defence Cooperation which was signed on 29 November 1994.



LAWATAN KE KEMENTERIAN PERTAHANAN DARIPADA PEMERINTAH SPECIAL OPERATIONS COMMAND, PACIFIC (SOCPAC) AMERIKA SYARIKAT
BOLKIAH GARISON, Selasa, 10 Disember 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima satu kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Jonathan P. Braga, Pemerintah Special Operations Command, Pacific, Amerika Syarikat.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak telah mengesahkan hubungan mesra yang terjalin di antara kedua belah negara dan kerjasama yang sangat baik terutamanya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Kedua belah pihak juga berpuas hati dengan status kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada, khususnya dengan latihan CARAT (Cooperation Afloat Readiness and Training) kali ke-25 yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 22 hingga 31 Oktober 2019, dan peluang latihan bagi angkatan tentera.
Mejar Jeneral Braga juga berpeluang untuk mengadakan kunjungan hormat berasingan kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kedua-dua angkatan tentera berinteraksi secara kerap menerusi latihan dua hala dan juga palbagai hala, pertukaran profesional, dan kursus, yang mana telah meningkatkan profesionalisme dan interoperabiliti di antara angkatan tentera.
Mejar Jeneral Jonathan P. Braga telah mengambil alih jawatan sebagai Pemerintah Special Operations Command Pacific (SOCPAC) pada 27 Julai 2018. Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat telah menubuhkan hubungan pertahanan dua hala melalui penandatangan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 29 November 1994.