BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 18 October 2023 – A total of 312 civilian officers and staff of the Ministry of Defence visited Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) at Jalan Babu Raja on 17 – 18 October 2023 organised by Directorate of Administration and Manpower.
The BKISHHB building, themed after modern Islamic architecture, places nine galleries that exhibit the history of the development and civilisation of Islam, various heritage treasures and artefacts of Islamic history.
Amongst them are the noble hair, pieces of
burdah, replicas of footprint impressions, replica swords and sticks of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam and collections of various Islamic manuscripts, Islamic astronomical equipment, sticks, prayer beads including fossils.
The visit is to acknowledge the request from Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II as the Chairman of BKISHHB that all civil servants in all ministries and departments under it to visit the exhibition gallery.

LAWATAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KE BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH (BKISHHB)
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Oktober 2023 – Seramai 312 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam dari Kementerian Pertahanan telah berkunjung mengadakan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Jalan Babu Raja pada 17 – 18 Oktober 2023 dibawah kelolaan Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.
Bangunan BKISHHB yang bertemakan seni bina islamik moden ini menempatkan sebanyak sembilan galeri-galeri yang mempamerkan sejarah-sejarah perkembangan dan ketamadunan Islam, pelbagai warisan khazanah dan artifak sejarah Islam.
Antaranya rambut mulia, cebisan burdah, replika kesan tapak kaki, pedang-pedang replika dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan pelbagai koleksi manuskrip islam, peralatan astronomi islam, tongkat, tasbih termasuk fosil.
Lawatan ini bertujuan untuk menyahut saranan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi BKISHHB dengan saranan agar kesemua warga Perkhidmatan Awam di semua kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya bepeluang untuk menyaksikan galeri pameran tersebut.