KEM RIMBA GADONG, Jumaat 13 Februari 2015 – Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei diantara Mejar Fadzly bin Haji Mohd Yaakub, yang menyerahkan tugas kepada Pegawai Pemerintah ASMDB yang baru Mejar Haji Md Sheh bin Haji Bagul.

Sebaik tiba di padang kawad, Pegawai Pemerintah ASMDB, Mejar Fadzly bin Haji Mohd Yaakub menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Statik yang terdiri daripada gabungan anggota-anggota tetap Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei dan anggota-anggota Tetap Pasukan Kadet Tentera ABDB, ahli-ahli ASMDB, Gabungan Institut Pengajian Tinggi, Sekolah Menengah Pasukan Kadet Tentera ABDB dan gabungan Pasukan Pancaragam Pasukan Kadet Tentera ABDB dibawah arahan Ketua Perbarisan Kapten Hasnan bin Manan.

Selepas pemeriksaan perbarisan , Mejar Fadzly menyampaikan ucapan terakhir beliau selaku Pegawai Pemerintah ASMDB. Beliau mengucapkan secara peribadi bagi keluarga dengan hati yang tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan, bantuan dan kerjsama yang telah diberikan disepanjang tempoh beliau menerajui Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei dan beliau berharap perkara ini akan terus diberikan kepada Pegawai Pemerintah Askar Simpanan yang baru nanti.  Beliau juga berharap dan berdoa serta bertawakal semuga ASMDB dan Pasukan Kadet Tentera ABDB akan terus berkembang dan maju jaya. 

Semuga Allah SWT akan merestui segala usaha kita untuk menjadikan kita parajurit bangsa yang dihormati dan ASMDB sebuah unit yang benar-benar berkesan dalam membantu dan mendokong keselamatan serta kesejahteraan Negara Brunei Darussalam yang dicintai terjamin dengan lindungan Allah S.W.T.

Acara diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Pegawai Pemerintah ASMDB menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas.  Doa selamat dibacakan oleh anggota Jamaat bagi memberkati upacara tersebut.  Bagi menandakan penerimaan jawatan, Pegawai Pemerintah ASMDB yang baru, Mejar Haji Mohd Sheh bin Haji Bagul menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Statik.


Di akhir majlis, Mantan Pegawai Pemerintah ASMDB, bergambar ramai dan seterusnya di arak keluar berjalan kaki keluar Perkhemahan. Upacara ini diiringi oleh Gabungan Ahli-ahli Tetap ASMDB dan ahli-ahli tetap Pasukan Kadet Tentera ABDB, ASMDB, Gabungan Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah Pasukan Kadet Tentera ABDB serta gabungan Pancaragam Pasukan Kadet Tentera ABDB.