BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 31 May 2018 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof welcomed and held a bilateral meeting with the UK Secretary of State for Defence (Defence Secretary), The Right Honourable Gavin Williamson, upon his arrival at the Brunei International Airport today.
During the meeting, both sides reaffirmed the longstanding and strong bilateral defence relations between Brunei Darussalam and United Kingdom. They also exchanged views on the regional environment and security developments that are of mutual interest.
The UK Defence Secretary is in the region to participate in the annual Shangri-La Dialogue, held in Singapore from 1 to 3 June 2018. While on transit in Brunei Darussalam, The Right Honourable Gavin Williamson took the opportunity to call on Yang Berhormat The Minister of Defence II and to visit members of British Forces in Seria. This is his first visit to Brunei Darussalam.
His visit to Brunei Darussalam underscores the importance that the United Kingdom attaches to its relationship with countries in the region, regardless of their sizes. It also reflects the commitment to reinforce the active defence and military engagements between Brunei Darussalam and the United Kingdom. Interactions between the Royal Brunei Armed Forces and the British Armed Forces have widened in scope to include joint exercises, trainings and professional exchanges. These interactions have enhanced the interoperability and people-to-people ties between the personnel of both armed forces.
Both Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi and The Right Honourable Gavin Williamson will meet again at the Shangri-La Dialogue this weekend.


SETIAUSAHA PERTAHANAN UK (SECRETARY OF STATE FOR DEFENCE) BERKUNJUNG KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Mei 2018 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menyambut ketibaan dan seterusnya mengadakan perjumpaan dua hala dengan Setiausaha Pertahanan UK, Yang Berhormat Gavin Williamson, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada hari ini.
Semasa perjumpaan itu, kedua-dua pihak bersefahaman bahawa hubungan pertahanan dua hala adalah di peringkat yang baik dan kukuh. Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau.
Yang Berhormat Gavin Williamson berada di rantau ini untuk menyertai Shangri-La Dialogue yang diadakan di Republik Singapura dari 1 hingga 3 Jun 2018. Semasa membuat persinggahan di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Gavin Williamson mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan rakan sejawatnya dari Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II (Kedua) dan untuk bertemu dengan anggota tentera British di Seria. Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Negara Brunei Darussalam.
Kunjungan Yang Berhormat ke Negara Brunei Darussalam menggariskan kepentingan aspek persahabatan dua hala dengan negara-negara di rantau ini, tanpa membezakan saiz. Ia juga mencerminkan komitmen untuk memperkuat kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang aktif di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom. Skop interaksi luas di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera British di antaranya termasuklah eksesais bersama, latihan serta pertukaran profesional. Interaksi ini telah meningkatkan interoperabiliti dan hubungan persahabatan kedua-dua angkatan bersenjata.
Kedua-dua Yang Berhormat akan bertemu lagi semasa Shangri-La Dialogue pada hujung minggu ini.