UNIT AUDIT DALAMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan bagi Audit Dalaman (Internal Audit) ditubuhkan di Kementerian / Jabatan Kerajaan untuk memeriksa perjalanan perbelanjaan dan pungutan hasil Kementerian / Jabatan sepertimana keputusan Persidangan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet ke 51 pada 19 Safar 1424H bersamaan 21 April 2003M.
“Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 10/2003 bertarikh 13 Rejab 1424 bersamaan 10 September 2003 mengenai Penubuhan Audit Dalaman di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan adalah dengan ini dibatalkan dan digantikan dengan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 05/2022 bertarikh 20 Safar 1444 bersamaan 17 September 2022 mengenai Penubuhan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Penubuhan Unit Audit Dalaman di Kementerian.” (Petikan dari Lampiran 2, Garispanduan Unit Audit Dalaman kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 05/2022 bertarikh 23 Safar 1444 / 20 September 2022).
Unit Audit Dalaman (UAD) di Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada tahun 2005.
Ke arah audit dalaman yang bebas dan berkesan dalam membantu urustadbir pengurusan kewangan yang teratur dan cekap.
Bagi memberikan jaminan ke atas keberkesanan kawalan dalaman dengan penilaian berasaskan risiko dan memberikan nasihat serta pandangan yang berobjektif.
Mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 05/2022, objektif utama pengauditan yang dilaksanakan oleh Unit Audit Dalaman adalah seperti berikut:
a) Memastikan kawalan dalaman dan check and balance wujud dan mencukupi bagi semua pengurusan kewangan.
c) Memastikan proses perbelanjaan telah dikendalikan dengan teratur dan sempurna.
e) Memastikan pemerolehan termasuk proses tawaran sama ada melalui Jawatankuasa Sebut Harga, Lembaga Tawaran Kecil dan Lembaga, Tawaran Negara dilaksanakan dengan teratur dan telus.
f) Mencegah dan mengawal kejadian-kejadian pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran dan pemborosan.
g) Memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan dikesan awal sebelum menjadi kritikal dan diperbaiki dengan segera.
h) Membantu Pegawai Pengawal (Vote Controller) agar lebih bertanggungjawab (accountable) ke atas pengurusan kewangan dan harta benda kerajaan.
j) Menilai tahap pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kewangan 2022, undang-undang, prosedur-prosedur dan surat keliling yang berkaitan atau mana-mana peraturan yang berkuatkuasa.
k) Memberikan pandangan yang bebas (independent) dan jaminan yang berobjektif serta cadangan nasihat bagi menambah nilai dan memperbaiki operasi pihak yang diaudit.
BIDANG TUGAS UNIT AUDIT DALAMAN
iii. Memanggil atau meminta sesiapa sahaja untuk memberi penerangan dan maklumat yang dikehendaki bagi membantu melaksanakan pemeriksaan.
iv. Mengadakan pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa.
HUBUNGI KAMI