PENANJONG GARISSON, Friday 11 September 2015 – A handing over ceremony to officiate the appointment of Colonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid as the Commandant of Training Institute RBAF was held at the Parade Square Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 

Upon arrival to the parade square, Leftenan Colonel Hasmee bin Haji Abd Wahab, the outgoing  Commandant of Training Institute RBAF, was given the Honorary Salute followed by an inspection of parade by the Training Institute military personnel under the command of  Major Mazlan bin Dato Paduka Haji Manan.

Lieutenant Colonel Hasmee first served as a Second Lieutenant on December 13, 1985. During his career, he served as a Platoon Commander in the `A’ Company First Battalion Royal Brunei Land Forces, has served as Head of International Monitoring Team of Brunei Darussalam in Cotabato, Mindanao, Republic of Philippines from 2010 to 2011. He became Deputy Commandant of TI RBAF in 2012 and became Commandant of TI RBAF in 2013. He was awarded a number of industrious honors and medals among them The Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Keempat) in 1998 and in 2012 he awarded Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (S.M.B – Darjah Ketiga).

While Colonel Haji Abidin has served at the Training Institute in 2008 until 2010 as the Officer Commanding,  Officer Development Wing. He was given the mandate to hold office Commandant of TI RBAF. So far he has been awarded a number of industrious honors and medals among the Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Keempat) in 2002 and the Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik in 2006.

The ceremony then proceeded with the signing of Handing Over Certifcate between Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid and Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd Wahab, thus making the handing over ceremony official.  A ‘doa selamat’ was read by Captain Pg Khairuddin bin Pg Haji Tali from the Religious Unit RBAF to bless the ceremony. 

To mark the acceptance of the new placement duty, Colonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid received an Honorary Salute and later inspected the military personnel on the parade square.



 


SERAH TERIMA TUGAS DIANTARA KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB BARU DAN LAMA


PENANJONG GARISON, Jumaat 11 September 2015 – Upacara Serah Terima Tugas Komandan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan di Penanjong Garison. Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid kini adalah Komandan IL ABDB yang baru setelah secara rasmi mengambil alih jawatan tersebut dari Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd Wahab dalam majlis yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat tentera dan Pekerja awam termasuk peserta kursus dan rekrut. Sebaik tiba di padang kawad, Komandan Institut Latihan, Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd Wahab menerima Tabik Kehormat dan seterusnya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Institut Latihan ABDB dibawah perintah ketua perbarisan, Mejar Mazlan bin Dato Paduka Haji Manan.

Leftenan Kolonel Hasmee mula berkhidmat sebagai Leftenan Muda pada 13 Disember 1985. Disepanjang kerjayanya, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Platun di ‘A’ Kompeni Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, pernah bertugas sebagai Ketua Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam di Cotabato, Mindanao, Republik Filipina dari tahun 2010 hingga 2011. Beliau memegang jawatan Timbalan Komdan IL ABDB pada tahun tahun 2012 dan menjadi Komandan IL ABDB pada tahun 2013. Beliau telah dikurniakan beberapa penganugerahan bintang kebesaran dan pingat antaranya ialah Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah ke Empat) pada tahun 1998 dan pada tahun 2012 beliau dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (S.M.B – Darjah Ketiga).

Manakala Kolonel Haji Abidin pernah berkhidmat di Institut Latihan pada tahun 2008 sehingga 2010 sebagai Pegawai Memerintah Cawangan Perkembangan Pegawai. Kini beliau diberi mandat untuk memegang jawatan Komandan IL ABDB. Setakat ini beliau telah dikurniakan beberapa penganugerahan bintang kebesaran dan pingat antaranya ialah Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah keempat) pada tahun 2002 dan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik pada tahun 2006.

Acara diteruskan dengan upacara menandatangani sijil serah terima tugas jawatan Komandan Institut Latihan ABDB bagi menandakan secara rasmi upacara serah terima tugas. Bagi memberkati upacara pada hari tersebut doa selamat telah dibacakan oleh Kapten Pg Khairuddin bin Pg Haji Tali, daripada Pemangku Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB. Bagi menandakan penerimaan jawatan, Komandan Institut Latihan ABDB yang baru, Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd Hamid menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan.