BERAKAS GARRISON, Friday, 13 December 2019 – Al-Hikmah Group from Training Institute RBAF was named champion of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Dikir Syarafil Anam competition for 1441H/2019M, which was organised by the Religious Department RBAF (JAMA’AT). 

The runner-up title was held by
Al-Muflihun Group from the Royal Brunei Air Force, and third place was won by
Asy-Syuja’ah Group from the RBAF Special Forces Regiment. The winning group took home the challenge trophy, $300.00 cash prize and certificates of participation.

The competition was participated by seven groups comprising
Ad-Difa’ Group from the Ministry of Defence, Al-Amin Group from the Royal Brunei Land Force,
Al-Bahriyyah Group from the Royal Brunei Navy,
Al-Muflihun Group from the Royal Brunei Air Force,
Asy-Syuja’ah Group from the RBAF Special Forces Regiment,
Asy-Syuhada’ group from Defence Academy RBAF, and
Al-Hikmah Group from Training Institute RBAF. The competition took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.

Present as guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin haji Sahat, the Acting Commander of RBAF.  Also present at the event were the Services Commanders, military directors, senior officers and members of the RBAF.

This competition was aimed to nurture religious interest among RBAF members in the field of Dikir Syarafil Anam and spread the Syiar of Islam among RBAF members.

INSTITUT LATIHAN ABDB JUARA DIKIR SYARAFIL ANAM PERINGKAT ABDB

BERAKAS GARISON, Jumaat, 13 Disember 2019 – Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB disandang sebagai juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1441H/2019M anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT). 

Manakala naib johan dimenangi oleh Al-Muflihun dari Tentera Udara Diraja Brunei, sementara di tempat ketiga pula diraih oleh  Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas. Kumpulan juara membawa pulang sebuah piala pusingan, wang tunai sebanyak $300.00 dan sijil penyertaan.

Pertandingan kali ini disertai oleh tujuh kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Ad-Difa’ dari Kementerian Pertahanan, Kumpulan Al-Amin dari Tentera Darat Diraja Brunei,

Kumpulan Al-Bahriyyah dari Tentera Laut Diraja Brunei, Kumpulan Al-Muflihun dari Tentera Udara Diraja Brunei, Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas, Kumpulan Asy-Syuhada’ dari Akademi Pertahanan ABDB, dan Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.  Turut hadir di acara tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.

Pertandingan ini diungkayahkan bagi memupuk minat di kalangan anggota-anggota ABDB dalam bidang Dikir Syarafil Anam serta memperkembang luaskan Syiar Islam kepada anggota-anggota ABDB.