PENANJONG GARRISON, Tuesday, 7 April 2015
– Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) celebrated its 46th Anniversary today.

The anniversary celebration preceded by a parade that took place at the TI RBAF Parade Square in Penanjong Garrison, followed by a speech delivered by the Commandant of TI RBAF, Lieutenant Colonel Hasmee bin Haji Abd Wahab as the guest of honour.

The event followed by the presentation of awards to members of the TI RBAF in various categories. This was followed by mass recital of Surah Yasin, Tahlil, Thanks giving Prayer and then the Zohor prayer at Penanjong Garrison Surau.

The theme for the TI RBAF 46th Anniversary which is “Melahirkan Generasi ABDB Berwawasan’ significantly coincides with this year’s RBAF Anniversary theme that is “Generasi ABDB Berwawasan”or “RBAF Generation with a Vision”, while at the same time embracing the theme of Brunei Darussalam National Day celebration this year- “Generasi Berwawasan” or “Generation with a Vision.”

In recent years, TI RBAF has gone through several evolutionary developments, both in terms of implementation and training operation, system administration, as well as infrastructure, in accordance with the vision and mission of the TI RBAF. 

TI RBAF remains committed to educating military personnel in becoming professional soldiers as the driving mechanism towards achieving the way forward of  realizing the RBAF’s aspiration. TI RBAF will remain relevant in widening the scope of a more dynamic and holistic approach of learning as to prepare the capabilities of RBAF personnel to effectively respond to potential threats and possibilities.


SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN IL ABDB KE 46


PENANJONG, Selasa, 7 April 2015
-  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari
ini menyambut Hari Ulang Tahun penubuhannya yang ke 46 tahun. Sambutan
HUT IL ABDB pada tahun ini didahului dengan Perbarisan yang berlangsung
di Padang Kawad IL ABDB, dimana ianya diselajurkan dengan penyampaian
perutusan oleh Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abd Wahab, Komandan IL ABDB selaku Tetamu Kehormat.

Upacara
kemudian diikuti dengan penyampaian anugerah kepada para anggota IL
ABDB dalam berbagai kategori. Para jemputan kemudiannya beredar ke Surau
Penanjong Garison bagi acara membaca Surah Yasin, Bertahlil, Doa
Kesyukuran dan menunaikan sembahyang Fardhu Zohor berjamaah.

Tema
Sambutan HUT IL ABDB ke 46 tahun, iaitu “Melahirkan Generasi ABDB
Berwawasan” adalah selaras dan signifikan dengan tema Sambutan HUT ABDB
pada tahun ini iaitu “Generasi ABDB Berwawasan”, dimana sekaligus
menyahut tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada
tahun ini, iaitu “Generasi Berwawasan”.

Dalam
beberapa tahun kebelakangan, IL ABDB telah melalui beberapa evolusi
perkembangan, baik dari segi perlaksanaan dan pengendalian
latihan-latihan, sIstem pentadbiran, mahupun persarana, mengikut
peredaran masa dan selari dengan aspirasi, visi dan misi ABDB.

IL
ABDB terus komited dalam mendidik dan melahirkan anggota-anggota
tentera yang professional sebagai mekanisme penggerak untuk mencapai
hala tuju dalam merealisasikan aspirasi ABDB. IL ABDB akan terus releven
dalam mengembangluaskan skop pembelajaran yang lebih dinamik dan
holistik untuk melatih dan mempersiapkan anggota-anggota ABDB dalam keupayaan tindak balas terhadap apa jua ancaman dan kemungkinan.