TANAH JAMBU, Tuesday, 16 January 2018 – The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) conducted the first study evening for 2018 with the topic ‘Training Institute: Maintaining Relevancy in Coping with the Ever-Changing Security Challenges’.

Present as the Guest of Honour was First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence.

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of Defence; Services Commanders; Deputy Permanent Secretaries; senior officers and officers of the Ministry of Defence and the RBAF.

The study evening session aimed to increase understanding and identify opportunities for TI RBAF to enhance its training strategy, thus contributing towards enhancing readiness and preparedness of the RBAF. An active discussion took place following a presentation by TI RBAF.

In his closing remarks, the Deputy Minister of Defence discussed the importance of both individual and collective training in ensuring the operational readiness of the RBAF. He emphasised that soldiers must be trained for a wide range of intensity to prepare them for the varying conditions they would face in dealing with a wide range of security challenges.

He highlighted three key points for TI RBAF as way forward: the need for a stronger alignment between training and security challenges; further incorporation of technology into training programmes; and continued utilisation of opportunities to enhance the credibility of existing training programmes as a result of collaboration with various partner countries.

The study evening began with a welcoming remark by the Commandant of TI RBAF, Colonel Awang Khairul Hamed bin Haji Lampoh.

INSTITUT LATIHAN ABDB ADAKAN SESI MALAM PENGAJIAN

TANAH JAMBU, Selasa 16 Januari 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan sesi malam pengajian yang bertajuk ‘Training Institute: Maintaining Relevancy in Coping with the Ever-Changing Security Challenges’. Sesi pe ngajian tersebut adalah yang pertama bagi tahun 2018.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap; pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Sesi pengajian tersebut bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan mengenalpasti peluang bagi IL ABDB untuk meningkatkan strategi latihan, dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap kesiapsiagaan ABDB. Pembentangan kertas kerja oleh IL ABDB telah diikuti dengan sesi perbincangan.

Dalam ucapan penutup beliau, Timbalan Menteri Pertahanan membincangkan kepentingan latihan secara individu dan kolektif dalam memastikan operational readiness ABDB. Beliau menegaskan bahawa anggota tentera perlu dilatih di dalam pelbagai jenis intensiti sebagai persediaan untuk menangani pelbagai ancaman sekuriti.

Timbalan Menteri Pertahanan seterusnya membuat penekanan mengenai tiga perkara sebagai langkah way forward bagi IL ABDB iaitu: penyelarasan latihan dengan ancaman sekuriti, gabungan program latihan dengan teknologi, dan mengguna pakai peluang untuk meningkatkan kredibiliti program latihan melalui kerjasama dengan negara-negara sahabat.

Komandan IL ABDB Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh menyampaikan ucapan alu-aluan di pembuka sesi pengajian tersebut.