BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 5 July 2017 – The traditional Grand Parade rehearsal in conjunction with the 71st birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was held today at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Present to observe the rehearsal were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Commissioner of Royal Brunei Police Force (RBPF).

The traditional Grand Parade involves personnel from the RBAF, RBPF, including uniformed personnel from government departments and associations. Also involved were RBAF and RBPF bands as well as Royal Brunei Air Force aircrafts.

The final rehearsal will be held on 12 July 2017.

 



LATIHAN ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-71 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Julai 2017 – Latihan Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun telah mula dilaksanakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Hadir meninjau acara latihan ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB).

Istiadat Perbarisan Kehormatan melibatkan anggota-anggota dari ABDB, Pasukan PDB, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan persatuan-persatuan beruniform. Turut terlibat ialah pasukan pancaragam ABDB dan PDB serta pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.

Latihan akhir akan diadakan pada 12 Julai 2017.