TITAH
Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 23
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
UPACARA SOVEREIGN’S PARADE
PENGAMBILAN KE DUA PULUH TIGA
SEKOLAH PEGAWAI KADET,
AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PADA HARI KHAMIS
23 REJAB 1446 / 18 JANUARI 2025
BERTEMPAT
PADANG KAWAD AKADEMI PERTAHANAN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
KAMPUNG TANAH JAMBU
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, dapatlah kita sama-sama hadir pada pagi yang permai ini untuk menyaksikan Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke Dua Puluh Tiga (23).
Dengan rasa amat gembira, Beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pegawai-Pegawai Kadet di atas persembahan perbarisan mereka sebentar tadi. Ianya jelas mempamerkan mutu disiplin yang tinggi dan semangat keperwiraan serta regimentasi berpasukan yang berkesan.
Beta mengambil maklum, seramai 52 orang Pegawai Kadet dari pengambilan ke-23 ini telah berjaya menamatkan latihan Pegawai Kadet selama 48 minggu termasuk seorang Pegawai Kadet dari Angkatan Tentera Malaysia. Beta juga gembira difahamkan bahawa seorang Pegawai Kadet yang mengikuti pengambilan ini adalah penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan telah menamatkan latihan dan sekarang bertugas selaku Pegawai Perubatan di Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei.
Setakat ini, Beta turut berbangga, kerana Sekolah Pegawai Kadet secara keseluruhannya telah berjaya melahirkan seramai 862 orang Pegawai Tentera yang berwibawa yang terdiri daripada 859 Pegawai Kadet tempatan, dua orang Pegawai dari Malaysia dan seorang Pegawai Kadet dari Republik Singapura. Pencapaian yang membanggakan ini menjadi bukti jelas bahawa Sekolah Pegawai Kadet telah mencapai taraf yang tinggi sehingga turut diiktiraf oleh negara-negara sahabat. Penyertaan baharu dari Republik Indonesia dan Kerajaan Thailand pula bagi Pengambilan Ke-24 nanti akan menaikkan lagi profil Sekolah Pegawai Kadet selaku Pusat Kecemerlangan Latihan Pegawai Kadet. Syabas Beta ucapkan kepada Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Beta berkeyakinan melalui Pemodenan Pendidikan Tentera Profesional Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Penubuhan Fakulti Pengajian Tentera di Akademi Pertahanan melalui Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan membawa kepada pengembangan lebih berkesan, efisien dan sentiasa relevan dengan peredaran masa.
Manakala, Fakulti Pengajian Tentera itu pula akan mendokong hasrat negara ke arah pembelajaran sepanjang hayat dengan menghasilkan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi menepati antara matlamat Wawasan Brunei 2035.
Namun pada hemat Beta, pendidikan tinggi sahaja belumlah memadai. Tetapi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga perlu mendedahkan para anggotanya kepada penglibatan dalam operasi-operasi yang kompleks seperti Operasi Bersepadu dengan agensi-agensi Keselamatan Negara Brunei Darussalam, Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Pemulihan Bencana (HADR) seperti Operasi Badai Taduh yang belum lama ini disertai di Republik Filipina dan Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) di Republik Filipina serta Misi Operasi Bantuan Keamanan, Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).
Beta mahu penglibatan seperti ini dipertingkatkan, supaya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dapat terus meningkatkan tahap profesionalisme dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan Negara, di samping turut memberikan sumbangan bernilai kepada negara luar dan antarabangsa.
Akhirnya, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Akademi Pertahanan, khususnya kepada Komandan Akademi Pertahanan, Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai, Colour Sergeant, School Sergeant Major, Jurulatih dan Kakitangan Sekolah Pegawai Kadet di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam melatih dan mendidik Pegawai-Pegawai Kadet dan menjayakan Upacara Sovereign’s Parade pada pagi ini.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga, Beta tujukan kepada para ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga di atas suntikan semangat, bimbingan dan sokongan yang berterusan sehingga mereka berjaya mengharungi latihan yang sangat bermakna dan mencabar ini. Kepada semua Penerima Anugerah, Beta ucapkan tahniah dan syabas.
Dengan merafakkan syukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan berkat kalimah “Bismillahir Rahmanir Rahim”, maka Beta dengan sukacita mengurniakan Tauliah kepada Lima Puluh Dua (52) orang Pegawai Kadet, Pengambilan Kedua Puluh Tiga (23).
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Titah KDYMM Sempena Upacara Sovereign's Parade Penggambilan ke 14
Titah KDYMM Semasa Upacara Sovereign’s Parade
bagi Pegawai Kadet Penggambilan ke 14
pada hari Selasa, 28 April 2016
di Sekolah Akademi, Kampung Tanah Jambu
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin Allah Subhanahu Wataala jua maka dapatlah kita hadir di upacara Sovereign Parade Penggambilan ke 14, sekolah Pegawai Kadet akademi Pertahanan ABDB. Dengan rasa amat gembira beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai kadet di atas pertunjukan perbarisan yang sangat baik dan kemas sebentar tadi.
Kegembiraan ini tentunya turut dikongsi sama oleh para ibubapa dan kaum keluarga pegawai-pegawai kadet sekalian. Beta mengambil maklum bahawa 34 orang pegawai kadet dari penggambilan ke 14 telahpun berjaya menjalani latihan padu selama 52 minggu. Beta juga turut difahamkan diantara yang akan menerima tauliah pada pagi ini ialah seorang pegawai kadet kelulusan doctor perubatan dan dua orang pegawai kadet lepasan izajah doctor pergigian.
Hari ini adalah detik bersejarah bagi penggambilan ke 14 dan sekaligus bagi akademi pertahanan khasnya sekolah pegawai kadet kerana perbarisan pada pagi ini adalah merupakan perbarisan tamat latihan bagi pegawai kadet yang pertamakali diadakan di tapak baru Akademi Pertahanan.
Sekolah pegawai kadet mempunyai peranan besar dan melatih mendidik dan membimbing pegawai-pegawai kadet. Latihan adalah dihasratkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berkebolehan dan berilmu yang dapat menangani tugas dengan baik dan malah yang lebih. Dari itu mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Beta yakin pegawai-pegawai kadet yang menamatkan latihan pada hari ini adalah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar dari apa yang pernah di lalui oleh mereka sebelum ini. Mereka juga perlu untuk sentiasa peka dengan perkembangan geo strategic dan geo ekonomi yang melibatkan bidang pertahanan negara. Keupayaan dan keprihatinan mereka disini tidak syak lagi dapat membantu pihak atasan dalam membuat keputusan-keputusan dasar secara efektif dan cekap bagi pertahanan dan keselamatan negara, selain itu beta juga percaya semua pegawai kadet dapat mempamirkan disiplin yang tinggi dan keolahan terpuji dalam masa menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk negara.
Beta yakin mereka layak untuk jadi role model yang memiliki ciri-ciri lead by example kepada sekalian anggota bawahan yang akan dipimpin. Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kini telahpun berpindah ke tapak baru yang lebih moden dan kondusif untuk latihan-latihan ketenteraan. Infrastruktur yang luas dan baru ini adalah merupakan satu pelaburan yang besar yang diikthiarkan oleh kerajaan beta bagi menjana pembangunan kapasiti sumber manusia angkatan bersenjata kita. Ia turut berperanan untuk menaikan imej dan profil akademi pertahanan diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Beta berharap dengan adanya tapak ini akan membolehkan akademi pertahanan menjadi sebuah pusat pendidikan dan latihan ketenteraan yang benar-benar berjaya sama ada secara dalaman mahupun dimata luar tetapi perlu diingat pertahanan bukanlah setakat bergantung kepada peralatan dan persenjataan semata-mata malah turut penting ialah keupayaan para anggota dalam memainkan peranan masing-masing jika peranan itu berjaya dilaksanakan dengan baik maka tidak syak lagi ia akan menjadi nilai tambah kepada peralatan dan persenjataan.
Akhir kata kepada seluruh warga akademi pertahanan, angkatan Bersenjata diraja Brunei khasnya warga sekolah pegawai kadet, pegawai pemerintah, pegawai-pegawai, color sergeants dan para jurulatih beta sekali lagi merakamkan penghargaan atas usaha gigih mereka dan berharap semuga kualiti kejurulatihan akan terus berkembang melalui pengalaman yang boleh dibawa ke penggambilan yang seterusnya. Maka dengan merafakan syukur kehadrat Allah subahanahu Wataala dan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim beta dengan sukacita mengurniakan tauliah sebagai pegawai angkatan bersenjata diraja brunei kepada 34 orang pegawai kadet penggambilan ke 14.
Sekian Wabillahi taufik Wal Hidayah wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh