BERAKAS, Thursday 25 May 2017 – The Training Insitute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) with the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) today have collaborated to produce a training programme which offers qualification in Automotive Engineering.

The two-year training programme aims to provide RBAF personnel with the knowledge and skills in the areas of Automotive Engineering with a Higher National Technical Education Certificate (HNTec).

During the ceremony, Walter Chong Meng Siong, Acting Deputy Chief Executive Officer (Academic) representing the Chief Executive Officer, presented the programme of the HNTec in Automotive Engineering to Colonel Awang Khairul Hameed bin Awang Haji Lampoh, the Commandant of TI RBAF.

Present to witness the ceremony was the guest of honour, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the RBAF and Dr Chin Wei Keh, Acting Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Education.


IL ABDB DAN IBTE BEKERJASAMA MENGHASILKAN PROGRAM HNTEC DALAM KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

BERAKAS, Khamis 25 Mei 2017 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama-sama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) hari ini telah bekerjasama untuk menghasilkan program latihan yang menawarkan kelayakan dalam Kejuruteraan Automotif.

Program latihan selama dua tahun ini bertujuan untuk menyediakan anggota ABDB dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Automotif dengan Sijil Pendidikan Teknikal Tertinggi Kebangsaan atau Higher National Technical Education Certificate (HNTec).

Semasa majlis tersebut, Walter Chong Meng Siong, Pemangku Timbalan Pengarah Pegawai Eksekutif (Akademik) yang mewakili bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif, menyerahkan program HNTec dalam Kejuruteraan Automotif kepada Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan IL ABDB.

Hadir menyaksikan majlis ini ialah tetamu kehormat, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Majer Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB dan Dr. Chin Wei Keh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan.

Program ini akan dijalankan di Pusat Pengajian Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal IBTE di Tungku dan IL ABDB. Pada masa ini ada seorang pelatih ABDB sedang mengambil HNTec Teknologi Automobil dan enam pelatih ABDB mengambil NTec dalam program Mekanik Kenderaan Ringan.