BERAKAS, Sunday, 19 November 2017 – The Women’s Open Netball Final Tournament in conjunction with the Golden Jubilee of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam organised by the Brunei Netball Association (BNA) was held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Indoor Stadium.

A total of 12 players from RBAF represented MS ABDB Netball Team namely Major Roziahani binti Mohd Jaya (Team Captain), Lt Nursazwilla binti Rosdie, Lt Nurul Aimi Amalidya binti Zainidi, WO2 Hadinahwati binti Buntak, Cpl Zuraidah binti Haji Abdul Amit, Cpl Nurazimah binti Abdul Latif, Cpl Hjh Halimun binti Bakar, LCpl Nordiana binti Muhammad, LCpl Dk Siti Norazimah binti Pg Asmadi, LCpl Fatin Nabilah binti Haji Mahmud, Pvt Nurqooniah binti Ali Serkawi and Civ Adibah Yamna binti Haji Tarip. The team was coached by Civ Abdul Rahman bin Yakob.

MS ABDB team successfully beat Strivers XOXO Team during the semi-final match by collecting 55 points to 32, which directly qualified them to the final match that was held in the afternoon against Angel Net Team. However, MS ABDB was defeated with a total score of 40 to 35.

Dayang Mariam Ulat, Deputy Director of Youth and Sports Department as the Guest of Honour awarded the prizes to the winners and runner-ups. The champion of the tournament was Angel Net Team, while the runner-up title was held by MS ABDB Team. Meanwhile, the third place was held by Strivers XOXO Team.


In addition, Cpl Zuraidah binti Haji Abdul Amit from MS ABDB Team won the best scorer award.









KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA WANITA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KDYMM MENAIKI TAKHTA 2017

BERAKAS, Ahad, 19 November 2017 – Perlawanan Akhir Bola Jaring terbuka wanita sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta anjuran Brunei Netball Association (BNA) telah berlangsung di Stadium Tertutup Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seramai 12 pemain daripada ABDB telah mewakili Pasukan Bola Jaring MS ABDB iaitu Mejar Roziahani binti Mohd Jaya (Kapten Pasukan), Lt Nursazwilla binti Rosdie, Lt Nurul Aimi Amalidya binti Zainidi, PW2 Hadinahwati binti Buntak, Kpl Zuraidah binti Haji Abdul Amit, Kpl Nurazimah binti Abdul Latif, Kpl Hjh Halimun binti Bakar, LKpl Nordiana binti Muhammad, LKpl Dk Siti Norazimah binti Pg Asmadi, LKpl Fatin Nabilah binti Haji Mahmud, Sld Nurqooniah binti Ali Serkawi dan Civ Adibah Yamna binti Haji Tarip manakala jurulatih bagi pasukan MS ABDB ialah, Civ Abdul Rahman bin Yakob.

Pasukan MS ABDB berjaya mengalahkan Pasukan Strivers XOXO dengan mengutip sebanyak 55 mata berbalas 32 pada peringkat semi-final dan secara langsung telah melayakkan Pasukan MS ABDB mara ke peringkat akhir menentang pasukan Angel Net pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, kemenangan tidak menyebelahi kepada pihak MS ABDB dengan mata 35 berbalas 40.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Perlawanan iaitu Yang Mulia Dayang Mariam Ulat, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan. Gelaran juara di sandang oleh Pasukan Angel Net, manakala Naib Johan disandang oleh Pasukan MS ABDB. Pemenang ketempat ketiga pula disandang oleh Pasukan Strivers XOXO.

Di samping itu juga, Kpl Zuraidah binti Haji Abdul Amit dari Pasukan MS ABDB telah berjaya merebut anugerah penjaring terbaik.