BOLKIAH GARRISON, Thursday, 31 January 2019 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a courtesy call from General Sir Gordon Messenger, KCB, DSO, OBE, ADC, Vice Chief of the Defence Staff of the United Kingdom.
General Sir Gordon Messenger is on a visit to the Ministry of Defence in which he also paid a separate courtesy call to Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
During the call, both sides expressed their pleasure on the strong and longstanding defence relations between Brunei Darussalam and United Kingdom. Both sides reaffirmed their commitment to strengthening bilateral defence and military cooperation and exchanges views on regional developments of mutual interest.
This defence relationship, strengthened by the Exchange of Notes and Memorandum of Understanding agreements, encompasses a wide range of interactions including the exchange of visits, joint military exercises, trainings, courses, and defence and military meetings.


VICE CHIEF OF THE DEFENCE STAFF OF THE UNITED KINGDOM LAWATI KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 31 Januari 2019 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Sir Gordon Messenger, KCB, DSO, OBE, ADC, Vice Chief of the Defence Staff of the United Kingdom.
Jeneral Sir Gordon Messenger adalah dalam rangka lawatan ke Kementerian Pertahanan yang mana beliau juga membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah melahirkan rasa gembira di atas hubungan pertahanan yang sangat baik yang sudah lama dijalinkan antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom. Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan ketenteraan dua hala dan juga menukarkan pandangan mengenai perkembangan serantau kepentingan bersama.
Hubungan tersebut, yang diperkukuhkan dengan perjanjian-perjanjian Pertukaran Nota dan Memorandum Persefahaman, merangkumi pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, latihan-latihan tentera bersama, kursus-kursus, dan mesyuarat-mesyuarat pertahanan dan ketenteraan.