BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 15 July 2026 – The whole nation celebrated His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th Birthday with a Royal Guard of Honour Ceremony held at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital this morning.
Upon His Majesty’s arrival, His Majesty was escorted to the Royal Dais to receive the Royal Salute, followed by the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan”, orchestrated by the combined bands of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Royal Brunei Police Force (RBPF). A customary 21-gun salute was then fired at the grounds of Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in honour of His Majesty’s Birthday.
Joining to witness the ceremony were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Prince ‘Abdul Mateen, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.
The Royal Guard of Honour was mounted by personnel from the RBAF, RBPF and members of uniformed government departments and associations, who stood at attention with discipline and patriotism as His Majesty inspected the parade.
Commanding the Royal Guard of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Mohammad Sufrien bin Johan, who led the contingent in both slow and quick march passes.
The ceremony concluded with a three-fold proclamation of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” by all participating contingents, followed by a flypast by Royal Brunei Air Force (RBAirF) S70i Blackhawk helicopters and C295MW aircraft.













ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-80
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai 2026 – Sambutan senegara bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 dimulakan dengan Istiadat Barisan Kehormatan yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pagi tadi.
Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung menaiki Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” yang dipersembahkan oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai penghormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Berangkat sama menyaksikan istiadat tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Istiadat Barisan Kehormatan disertai oleh anggota ABDB, PPDB, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Pertubuhan Awam Beruniform yang berdiri tegak dengan penuh disiplin dan patriotisme semasa Baginda berkenan berangkat memeriksa perbarisan.
Pemerintah Perbarisan Istiadat Barisan Kehormatan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Sufrien bin Johan yang memimpin perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.
Istiadat tersebut diakhiri dengan laungan tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” oleh seluruh pasukan yang mengambil bahagian dan disusuli dengan terbang lalu helikopter S70i Blackhawk dan pesawat C295MW Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).