BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 23 March 2021 – The Ministry of Defence is conducting its 16th Executive Development Programme (EDP) on Public Policy and Management for senior government officials at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison that will run from March 22 until 24 June 2021.

A total of 28 participants including 16 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), one officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF), 7 senior officers from government ministries (Ministry of Defence, Ministry of Finance and Economy, Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Primary Resources and Tourism, Universiti Islam Sultan Sharif Ali) and 4 foreign senior military officers from Republic of Indonesia, Malaysia, the Republic of the Philippines, and Republic of Singapore participated in this year’s EDP. 

Adhering to COVID-19 restrictions, the three-month rigorous programme will be conducted in a hybrid format (online and in-person classes) for the first time by a faculty of highly qualified academicians and experts from the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore. The programme will focus on public policy and management with local content aimed at providing a deeper understanding of Brunei Darussalam’s strategic environment through invited local speakers, as well as visits to expose public policy in practice from various government ministries. 

In his opening remarks, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, highlighted that addressing the range of complex challenges, especially with the socio-economic impacts of COVID-19, require collective efforts through whole-of-nation and whole-of-government approaches that the Ministry of Defence strongly advocates in its support towards national development. With the changing environment, he highlighted that this makes the EDP even more important in the professional development of human resources and contribution to enhancing leadership qualities of senior officers across various ministries and organisations. He also encouraged the participants to appreciate, understand and contribute in efforts to fulfil organisational and national strategic objectives.

Professor Francesco Mancini, Vice Dean (Executive Education) and Associate Professor of Practice, and Dr. Caroline Brassard, Adjunct Assistant Professor (Executive Education), both of the Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, also gave introductory and welcoming remarks at the opening ceremony. 

Inaugurated in 2004, 359 senior officers have undergone the MINDEF EDP, with the 15th EDP conducted in 2019. 




MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KALI KE-16 ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Selasa, 23 Mac 2021 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam akan menjalankan Program Perkembangan Eksekutif bagi pegawai-pegawai kanan kali ke-16 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHB), Kementerian Pertahanan yang bermula dari 22 Mac hingga 24 Jun 2021.

Sejumlah 28 peserta, termasuk 16 pegawai kanan tentera (berpangkat leftenan kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, 7 pegawai kanan dari kementerian-kementerian dan agensi lain (Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali) dan juga 4 orang pegawai-pegawai kanan tentera luar negeri daripada Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina dan juga Republik Singapura akan menyertai program EDP pada tahun ini.

Mengikut garispandu COVID-19, program padat selama tiga bulan ini akan dijalankan buat pertama kalinya secara
hybrid iaitu dalam talian serta fizikal oleh para akademik dan pakar-pakar yang berpengalaman tinggi dari Lee Kuan Yew
School of Public Policy (LKYSPP),
National University of Singapore. Program ini akan terus memberi tumpuan kepada dasar awam dan pengurusan yang bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam melalui penceramah tempatan yang dijemput, serta lawatan-lawatan untuk mendedahkan dasar awam dari berbagai kementerian.

Dalam ucapan perasmiannya, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan menekankan bahawa menangani pelbagai cabaran yang kompleks, terutama dengan adanya impak socio-ekonomi COVID-19, memerlukan usaha kolektif  secara pendekatan
whole-of-nation dan
whole-of-government. Ini disokong oleh Kementerian Pertahanan dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau turut menekankan bahawa dengan persekitaran yang berubah, perlaksanaan Program Perkembangan Eksekutif ini sangat dititikberatkan dalam pembangunan sumber manusia secara profesional dan menyumbang dalam mempertingkatkan kualiti kepimpinan di kalangan para pegawai-pegawai kanan di kementerian-kementerian dan pelbagai organisasi. Beliau juga mendorong para peserta untuk menghargai, memahami dan menyumbang dalam usaha-usaha mencapai objektif strategik organisasi dan negara.

Ucapan pengenalan dan alu-aluan turut disampaikan di majlis pembukaan tersebut oleh Profesor Madya Francesco Mancini, Pengarah Eksekutif Pengajian Eksekutif dan Dr. Caroline Brassard, Penolong Profesor Adjung Pengajian Eksekutif, kedua-duanya dari Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Dirasmikan pada tahan 2004, program EDP telah melibatkan penyertaan seramai 359 pegawai kanan alumni yang terbaru terdiri daripada peserta program EDP yang ke-15 diadakan pada tahun 2019.