TANAH JAMBU, Thursday, 14 January 2021 – The opening ceremony of the Command and Staff Course (CSC) 11/2021 took place today at the Auditorium of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). Present to officiate the opening ceremony was the Guest of Honour, Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Also present at the ceremony were Pengiran Dr Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Acting Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), RBAF Service Commanders, Deputy Commissioner of Police, Director of Internal Security Department, senior officers as well as the Defence Advisers/Attachés to Brunei Darussalam.
The ceremony began with the recitation of
Surah Al-Fatihah and
Surah Ali Imran (Verse 7-13) led by the representative of the course participants, Major (U) Wan Muhd Azem bin Haji Muhd Aminuddin,
followed by the opening remarks of the guest of honour and continued with flag unfurling ceremony. The flag unfurling ceremony symbolises excellent cooperation between countries taking part in the course and emphasised the importance for Staff College students to forge strong friendships throughout their learning journey.
A total of 33 officers including 18 officers from the RBAF, one officer from the Royal Brunei Police Force, one officer from the Internal Security Department and other 13 international military officers from 10 countries namely People’s Republic of Bangladesh, Republic of India, Republic of Indonesia, Malaysia, Islamic Republic of Pakistan, Republic of the Philippines, Saudi Arabia, Republic of Singapore, Thailand and the United States of America are attending the course.
The Command and Staff Course 11/2021, aiming to expand professional and academic knowledge towards a contemporary strategic environment and its implications on their works being the defence and security specialists, is a 40-week course delivered in partnership with UBD for the third year as its primary academic provider.
By the end of the course, successful course participants will be awarded the UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies with an opportunity to pursue their Master’s degree in Defence and Security Studies.




MAJLIS PEMBUKAAN BAGI KURSUS MAKTAB TURUS SESI KE-11
TANAH JAMBU, Khamis, 14 Januari 2021 – Majlis pembukaan bagi Kursus Maktab Turus Sesi ke-11 telah diadakan pada hari ini di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Turut hadir ialah Pengiran Dr Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera ABDB, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan serta Penasihat/Atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Ali-Imran (Ayat 7-13) diketuai oleh wakil peserta kursus, Mejar (U) Wan Muhd Azem bin Haji Muhd Aminuddin. Majlis
diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat dan acara
flag unfurling.
Acara
flag unflurling melambangkan kerjasama yang rapat di antara negara-negara yang mengikuti kursus ini, dan menekankan kepentingan meningkatkan persahabatan yang erat di antara peserta-peserta kursus Maktab Turus di sepanjang kursus ini dijalankan nanti.
Seramai 33 orang pegawai, termasuk 18 orang pegawai ABDB, seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), seorang pegawai daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan juga 13 orang pegawai antarabangsa daripada 10 buah negara; Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat akan menyertai kursus ini.
Kursus Maktab Turus Sesi 11/2021 ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik ke arah persekitaran strategik kontemporari dan
kesannya terhadap tugasan mereka sebagai pakar di bidang pertahanan dan keselamatan. Ia merupakan kursus selama 40 minggu yang dikendalikan dengan kerjasama UBD bagi tahun ketiga sebagai pembekal akademik.
Di penghujung kursus ini, peserta-peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan
Graduate Diploma in Defence and Security Studies daripada pihak UBD dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Master of Defence and Security Studies.