BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 12 October 2022 – The Brunei Darussalam flag handover ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) contingent who will be joining the Malaysian contingent 850-10 (MALBATT 850-10) peacekeeping mission to the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) was held in Bolkiah Garrison this afternoon.
Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present at the ceremony were His Excellency Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, Colonel (Retired) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) Ministry of Defence, Service Commanders, Directors, Malaysian Defence Attache to Brunei Darussalam, as well as military and civilian senior officers.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat by Major Abdul Mujib bin Japar from RBAF Religious Directorate. This was followed by handover of the national flag by RBAF Commander to Major Hisham bin Haji Mahmud, Head of Brunei Darussalam’s Contingent for MALBATT 850-10.
Brunei Darussalam has been involved in the UNIFIL peacekeeping mission since 2008 which aligns with Brunei Darussalam’s support in upholding the United Nation’s three main pillars; Peace and Security, Human Rights and Development. RBAF remains committed to contribute to the regional and international peace and stability, as part of its commitment towards global peace and security.




UPACARA PENYERAHAN BENDERA KEBANGSAAN BAGI
KONTINGEN ABDB MENYERTAI MISI PENGAMAN UNIFIL DI LUBNAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 12 Oktober 2022 – Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menyertai kontingen Malaysia 850-10 (MALBATT 850-10) bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah berlangsung di Bolkiah Garison petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Kolonel (Bersara) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mejar Abdul Mujib bin Japar dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Ini diikuti dengan penyerahan bendera kebangsaan yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB kepada Mejar Hisham bin Haji Mahmud, Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi MALBATT 850-10.
ABDB telah turut serta dalam misi pengaman UNIFIL sejak tahun 2008 untuk menyelaraskan dan mempertahankan kepentingan Negara Brunei Darussalam dalam mengekalkan tiga tonggak utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Keamanan dan Keselamatan, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan. ABDB tetap komited untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan antarabangsa, sebagai sebahagian daripada komitmen kearah keamanan dan kestabilan global.