KAMPONG KIARONG, Saturday, 2 December 2023 – The Malam Munajat; Nationwide Munajat and Taubat Program event organised by the Ministry of Religious Affairs (MORA) with cooperation of the Prime Minister’s Office and the Ministry of Defence was held at the Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Mosque this evening.
Present as the Special Guest at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Directors, senior officers and officers from the Ministry of Defence.
The function began with the mass Maghrib, Sunat Hajat and Sunat Taubat prayers followed by the mass recitation of Istighfar and Sayyidul Istighfar. Next, the recitation of Surah Al-Fatihah was led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. It then proceeded with the Munajat prayer recited by Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Chief Justice Syarie. Syariah Courts, State Judiciary Department, Prime Minister’s Office.
The function then continued with a tazkirah titled ‘Munajat dan Taubat Senegara’ by Yang Mulia Dr. Md. Hilmy Baihaqi bin Haji Awang Yussof, lecturer from the Faculty of Islamic Development Management, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Next, the mass recitation of Zikir Taubat and followed by Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam recited by Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Othman, Mosque Affairs officer, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Department of Mosque Affairs, MORA.
The Malam Munajat; Nationwide Munajat and Taubat Program event is an activity organised by MORA as being among the main events under the Knowledge Convention 2023 held simultaneously at all main mosques through the four districts as a spiritual endeavour to unite the entire Brunei Darussalam population in prayer and the recitation of zikir in order to seek Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s forgiveness and protection from difficulties, misfortunes, disasters and the spread of diseases across the nation.




KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA MENGANJUR MAJLIS MALAM MUNAJAT: PROGRAM MUNAJAT DAN TAUBAT SENEGARA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERDANA MENTERI DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
KAMPONG KIARONG, Sabtu, 2 Disember 2023 – Majlis Malam Munajat: Program Munajat dan Taubat Senegara anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan telah diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada malam ini.
Hadir selaku Tetamu Khas bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF), Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah – Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan.
Acara dimulakan dengan solat Fardhu Maghrib, Sunat Hajat and Sunat Taubat berjemaah diikuti dengan bacaan Istighfar dan Sayyidul Istighfar beramai-ramai. Seterusnya, bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Ianya kemudian diteruskan dengan Doa Munajat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Acara diteruskan dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Munajat dan Taubat Senegara’ oleh Yang Mulia Dr. Md. Hilmy Baihaqi bin Haji Awang Yussof, Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Seterusnya, bacaan Zikir Taubat beramai-ramai diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Othman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU.
Majlis Malam Munajat: Program Munajat dan Taubat Senegara adalah merupakan antara acara utama didalam Majlis Ilmu 2023 yang diadakan secara serentak di masjid-masjid utama di kempat-empat daerah sebagai satu usaha kerohanian untuk menyatukan seluruh masyarakat di Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama berdoa dan bermunajat memohon keampunan dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada segala kesulitan, musibah, bencana dan penularan wabak penyakit di negara ini.