BERAKAS GARISON, Jumaat, 26 Ogos 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76 di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemangku Pemerintah ABDB; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis Khatam Al-Qur’an ini adalah pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran serta memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Khatam Al-Quran, Bacaan Takhtim dan diikuti dengan Bacaan Doa Khatam Al-Quran, laungan Dikir Marhaban serta penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Khatam Al-Qur’an.
BERAKAS GARRISON, Friday, 26 August 2022 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Khatam Al-Qur’an event in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 76th birthday celebration at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.
Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence was present at the event. Also present were Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Acting Commander of the RBAF; Permanent Secretaries, Service Commanders and Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, as well as Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF.
The Khatam Al-Qur’an event is a special pesambah presented to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, as well as an expression of gratitude and prayers to Allah The Almighty for His Majesty’s longevity, good health and well-being.
The event commenced with a recitation of Sayyidul Istighfar, Khatam Al-Qur’an and Takhtim and followed by the recitation of Doa Khatam Al-Qur’an, Dikir Marhaban and the presentation of tokens of appreciation to the Khatam Al-Qur’an participants.

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-76 TAHUN