
PENANJONG GARRISON, Friday, 08 March 2024 – In conjunction with the 40th Anniversary of Negara Brunei Darussalam’s National Day, the Ministry of Defence held a
Khatam Al-Qur’an Ceremony at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, Tutong District.
Present as the Guest of Honor was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also in attendance were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, along with the senior leadership and personnel of the Ministry of Defence. To enliven the ceremony, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Permanent Secretary (Culture) of the Ministry of Culture, Youth and Sports and special representatives from external agencies were also invited.
In conjunction with the 40th National Day celebration, a total of 40 participants who completed the recitation of the 30
Juzuk were celebrated. The ceremony was also participated by 10 suraus within military camps and conducted 4 times of
Khatam Al-Qur’an, making 40 times of
Khatam
Al-Qur’an in total.
The
Khatam
Al-Qur’an ceremony began with the recitation
of Takhtim followed by Tahlil and the recitation of
Doa Khatam Al-Qur’an by Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel Alexender Iskandar Zulkarnain, Imam of Surau Al-Hikmah followed by
Dikir Marhaban and concluded with a group photo.
The ceremony serves to express a sense of gratitude and pray to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the peace and prosperity of Brunei Darussalam besides glorifying the purity of the
Al-Qur’an Al-Karim and instill the spirit of loving and appreciating
Al-Qur’an Al-Karim among members of the Ministry of Defence in addition to enlivening the 40th National Day Celebration.






KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40
PENANJONG GARISON, Jumaat, 08 Mac 2024 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, Daerah Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan. Turut dijemput bagi menyemarakkan majlis tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan serta jemputan daripada agensi-agensi luar.
Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 40, seramai 40 orang peserta yang diraikan telah menghabiskan bacaan 30 Juzuk.
Majlis tersebut juga disertai oleh 10 buah surau di dalam perkhemahan tentera yang mana setiap surau mengkhatamkan sebanyak 4 kali dan menjadikannya 40 kali khatam secara keseluruhanya.
Majlis Khatam tersebut bermula dengan bacaan Takhtim disusuli dengan Tahlil dan bacaan Doa Khatam Al-Qur’an yang dibacakan oleh Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel Alexender Iskandar Zulkarnain, Imam Surau Al-Hikmah dan Dikir Marhaban serta diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Majlis tersebut bertujuan untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta mengagungkan kesucian Al-Qur’an Al-Karim dan menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Qur’an Al-Karim di setiap lapisan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan di samping menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 40.