TEMBURONG, 1 MARCH 2024 – The Ministry of Defence organised a cleaning campaign in Temburong District this morning in support of the Executive Committee on Cleanliness Issues (JIIK) initiative, in keeping Brunei Darussalam clean and free from pollution.
The cleaning efforts were focused on thirteen (13) places of worship, including eight (8) mosques, two (2)
suraus, two (2) prayer halls, and one (1)
da’wah post namely Mohammad Salleh Utama Mosque Pekan Bangar,
Rancangan Perumahan Negara Kampong Rataie Mosque, Pengiran Haji Abu Bakar Kampong Bokok Mosque, Kampong Selangan Mosque, Kampong Batu Apoi Mosque, Kampong Puni Mosque, Kampong Belais Mosque, Kampong Labu Estate Mosque,
Surau Kampong Piasau-Piasau,
Surau Al-Quwwah, Bangar Kem, Kampong Semabat Prayer Hall, Kampong Sibut Prayer Hall, and the Kampong Selapon
Da’wah Post.
The cleaning campaign was launched and joined by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II at the Mohammad Salleh Utama Mosque Pekan Bangar before proceeding to other locations. Also participating in the campaign were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces,
Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, along with senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence.
This campaign began with a Friday
Halaqah held simultaneously in all mosques,
surau, prayer halls, and
da’wah post. The event was enriched with a
Tazkirah titled “Cleanliness is a Requirement.” Following the lecture, a safety briefing and warm-up session were conducted before beginning the cleaning campaign.
Also joining in the cleaning campaign were Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Member of the Legislative Council of Temburong District, Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Acting Temburong District Officer, Temburong District Mosque Officer, a representative from the JIIK Secretariat at the Ministry of Development, local
Penghulu, Village Heads, members of the Mosque Takmir Committee, and villagers.
Various activities such as cleaning drains, removing moss, sweeping dry leaves, clearing debris from fences, and grass cutting were carried out. The campaign, attended by approximately 300 Ministry of Defence personnel, accumulated more than 2,751 kilograms of waste.
This campaign essentially aims to demonstrate a positive influence and instil a sense of responsibility within the community towards maintaining cleanliness in villages and surrounding areas. It also seeks to promote unity among community members in addressing environmental issues. Furthermore, the initiative that focuses on places of worship serves as a charitable act throughout the month of Sya’aban and provides a conducive environment for congregants to welcome the upcoming month of Ramadhan.




Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar

Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Bokok

Masjid Kampung Puni

Masjid Kampung Belais

Masjid Kampung Selangan

Masjid Kampong Labu Estet

Surau Kampong Piasau-Piasau

Surau Balai Ibadat Kampong Semabat

Balai Ibadat Kampong Sibut

Pos Da’awah Kampong Selapon

Surau Al Quwwah Bangar Kem
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH TEMBURONG
TEMBURONG, 1 MAC 2024 – Kementerian Pertahanan telah menganjurkan kempen kebersihan di Daerah Temburong pada pagi ini sebagai menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran.
Usaha pembersihan tertumpu kepada tiga belas (13) buah tempat-tempat ibadah, antaranya lapan (8) buah masjid, dua (2) buah surau, dua (2) buah balai ibadat, dan sebuah pos da’wah, iaitu Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar; Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Rataie, Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampong Bokok, Masjid Kampong Selangan, Masjid Kampong Batu Apoi, Masjid Kampong Puni, Masjid Kampong Belais, Masjid Kampong Labu Estate; Surau Kampong Piasau-Piasau; Surau Al-Quwwah, Bangar Kem, Balai Ibadat Kampong Semabat, Balai Ibadat Kampong Sibut ibadat dan Pos Da’wah Kampong Selapon.
Kempen Kebersihan dilancarkan dan disertai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II bermula di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar sebelum melanjutkan ke lokasi-lokasi lain.
Turut serta dalam kempen tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta seluruh peringkat kepimpinan, dan warga Kementerian Pertahanan.
Kempen ini bermula dengan Halaqah Jumaat yang diadakan serentak di semua masjid, surau, balai ibadat, dan pos da’wah. Acara ini
diisikan dengan
tazkirah bertajuk “Kebersihan Adalah Tuntutan“.
Ini disusuli dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan sebelum memulakan kempen kebersihan.
Juga turut serta dalam kempen kebersihan tersebut adalah Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Temburong; Mohamad
Yassin bin Haji
Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong; Pegawai Masjid Daerah Temburong; wakil daripada Urusetia JIIK, Kementerian Pembangunan; serta Penghulu dan Ketua Kampong; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Penduduk Kampong setempat.
Antara aktiviti kempen termasuk membersihkan longkang, membersihkan lumut, menyapu daun-daun kering, membuang semakan pada pagar dan pemotongan rumput. Kempen yang disertai lebih kurang 300 orang warga Kementerian Pertahanan itu telah mengumpulkan lebih dari 2,751 kilogram sampah-sarap.
Kempen ini pada dasarnya bertujuan untuk menunjukkan pengaruh positif dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan di kampung-kampung dan kawasan sekitarnya. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan perpaduan di kalangan ahli masyarakat dalam menangani isu-isu alam sekitar. Selain itu, inisiatif
yang memberi tumpuan kepada tempat-tempat ibadah ini bertujuan sebagai amal kebajikan sepanjang bulan Sya’aban dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi jemaah menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelang.