
TANAH JAMBU, Wednesday, 28 August 2024 – A signing ceremony for the Memorandum of Understanding (MoU) on the Modernisation of Professional Military Education (PME) in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the establishment of the Faculty of Military Studies between the Ministry of Defence and Universiti Brunei Darussalam (UBD) was held today at the Auditorium, Defence Academy (DA) RBAF.
Present at the ceremony as the Guest of Honor was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor of UBD, RBAF Executive Committee, Directors and Senior Officers from the Ministry of Defence and UBD.
The event began with a recital of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by a keynote address from Yang Mulia Dr. Mahani binti Haji Hamdan, Director of the Institute of Policy Studies at UBD.
The MoU outlines a framework for cooperation on modernising the RBAF’s PME through curriculum and faculty development, as well as technology integration. It aims to establish the Faculty of Military Studies in order to nurture a skilled and highly educated military officers, conduct advanced research, and gain professional development in the defence and security sectors.
Signing on behalf of the Ministry of Defence was Yang Mulia Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Commandant of DA RBAF, while UBD was represented by Yang Mulia Associate Professor Pengiran Dr. Mohammad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Assistant Vice Chancellor (Education) of UBD. The signing ceremony was witnessed by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor of UBD. Doa was read by Yang Mulia Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Acting Director of JAMA’AT.
The MoU highlights the significance of strengthening national security resilience through joint training programs, workshops and academic exchanges through the role of education towards national security.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNTUK BEKERJASAMA DALAM PEMODENAN PENDIDIKAN TENTERA PROFESIONAL BAGI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN PENUBUHAN FAKULTI PENGAJIAN TENTERA
TANAH JAMBU, Rabu, 28 Ogos 2024 – Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman mengenai Pemodenan Pendidikan Tentera Profesional bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan penubuhan Fakulti Pengajian Tentera di antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dimeterai pada hari ini di Auditorium, Akademi Pertahanan (AP) ABDB.
Hadir dimajlis tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor UBD, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan dan UBD.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan seterusnya ucaptama daripada Yang Mulia Dr. Mahani binti Haji Hamdan, Pengarah Institut Pengajian Dasar UBD.
Memorandum Persefahaman ini menggariskan rangka kerja kerjasama bagi pemodenan Pendidikan Tentera Profesional ABDB melalui pembangunan kurikulum dan fakulti, serta integrasi teknologi. Memorandum ini juga bertujuan untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Tentera yang akan menyelia dan memupuk Pegawai-pegawai Tentera yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi khusus bagi menjalankan penyelidikan lanjutan dan menawarkan pembangunan profesional dalam sektor pertahanan dan sekuriti.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yussof, Komandan AP ABDB, sementara UBD diwakili oleh Yang Mulia Profesor Madya Pengiran Dr. Mohammad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Penolong Naib Canselor (Pendidikan) UBD. Majlis penandatanganan ini disaksikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor UBD. Doa dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pemangku Pengarah JAMA’AT.
Memorandum Persefahaman ini menekankan akan kepentingan didalam mengukuhkan daya tahan keselamatan negara menerusi program latihan bersama, bengkel, dan pertukaran akademik melalui peranan pendidikan terhadap keselamatan negara.