BRIDEX, JERUDONG – WEDNESDAY, 24 June 2026 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated in the National Disaster Exercise 2026 (LBK-2026), jointly organised by the National Disaster Management Centre and the Fire and Rescue Department from 23 to 25 June 2026.
The Official Opening Ceremony of LBK 01/2026 was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Coordinating Minister for Social Policy and Manpower and Minister of Home Affairs in his capacity as Chairman of the National Disaster Council (NDC). The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and a prayer led by Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali, Assistant Prison Counsellor from the Prisons Department. Also in attendance was Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF.
LBK-2026 serves as a strategic milestone towards strengthening a national disaster management system that is safer, more dynamic, coordinated, and highly resilient. The outcomes and lessons derived from this exercise series will serve as a strong benchmark in supporting Brunei Darussalam’s national aspirations to further strengthen preparedness and capabilities in national disaster management.
During his remarks, Yang Berhormat Coordinating Minister for Social Policy and Manpower and Minister of Home Affairs emphasised the importance of understanding the evolving and increasingly complex nature of contemporary disaster threats, including the impacts of climate change anomalies and the growing range of cross-border regional risks that directly affect the nation. He further highlighted the importance of adopting a Whole-of-Nation approach as a central pillar in strengthening national resilience.
This approach calls for agencies to transition from conventional methods towards a more holistic and integrated disaster management model, driven by effective coordination, data integration, and accurate, evidence-based risk projections. The Honourable Minister also stressed that current realities require nations to move beyond operating independently, as isolated disaster risk management approaches are no longer sufficient to address increasingly complex and challenging disaster scenarios.
During the Strategic-Level Table-Top Exercise (TTX) Programme of LBK 26, the Ministry of Defence delegation was led by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
The participation of the Ministry of Defence and the RBAF reflects their continued commitment to the Whole-of-Nation approach in line with the guidance outlined in the Defence White Paper (DWP). LBK 26 encompasses decision-making processes across the Strategic, Operational, and Tactical levels, reinforcing collective efforts to close existing gaps and enhance the efficiency and effectiveness of disaster response and management.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGIKUTI LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN 2026 (LBK-2026)
BRIDEX, JERUDONG – RABU, 24 Jun 2026 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengikuti Latihan Bencana Kebangsaan 2026 (LBK-2026) yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bermula daripada 23 hingga 25 Jun 2026.
Majlis Pembukaan Rasmi LBK 01/2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan (MBK). Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, Jabatan Penjara. Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB.
LBK 26 ini berperanan sebagai anjakan strategik ke arah sistem pengurusan bencana negara yang lebih selamat, dinamik, tersusun, dan berdaya tahan tinggi. Keberhasilan siri latihan ini akan dijadikan penandaarasan (benchmarking) yang kukuh bagi menyokong Aspirasi Murni Negara Brunei Darussalam dalam mempersiap negara dalam pengurusan bencana kebangsaan.
Yang Berhormat Menteri Penyelaras Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menekankan peri mustahaknya meneliti evolusi ancaman bencana masa kini yang kian kompleks, merangkumi impak anomali perubahan iklim dan kepelbagaian risiko rentas sempadan di peringkat serantau yang memberi kesan langsung kepada negara. Beliau juga menyeru agar pendekatan Whole-of-Nation diangkat sebagai teras utama untuk memperkemas benteng kedaya tahanan kebangsaan. Langkah ini menuntut keupayaan agensi untuk beralih dari kaedah konvensional kepada model pengurusan bencana yang lebih holistik, berselaras, dan dipacu sepenuhnya oleh integrasi data serta unjuran risiko yang tepat dan berasaskan data. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato Menteri turut menekankan bahawa realiti baharu ini secara langsung menuntut negara untuk tidak lagi bertindak secara bersendirian, di mana pengurusan risiko bencana yang berasingan adalah tidak lagi relevan dalam menghadapi magnitud ancaman bencana yang semakin mencabar.
Pada Program Table-Top Exercise (TTX) LBK-26 Peringkat Strategik pada hari Rabu, 24 Jun 2026, Kementerian Pertahanan diketuai oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Penglibatan Kementerian Pertahanan dan ABDB ini menunjukkan komitmen yang berterusan dalam Whole-of-Nation approach sejajar dengan garispandu dalam Defence White Paper (DWP). LBK-26 ini melibatkan keputusan diperingkat Strategic, Operational dan juga Tactical dalam sama-sama menutup jurang dalam menangani sebarang bencana secara efisien dan berkesan.