TUNGKU, Friday 22 May 2015 – Royal Brunei Armed Forces (RBAF) once again successfully completed another charity project dubbed ‘Titian Amal’ at the residential house of retired personnel Corporal (R) Dyg Rokiah binti Haji Tinggal, RPKN, Kampong Tungku. This is the second ‘Titian Amal’ project which was held in conjunction with this year’s RBAF 54th Anniversary as part of a communal event organised through charitable donations and services extended to the local community in Brunei Darussalam, especially for those who need help.
The handing over ceremony of the project was held this morning by the guest of honour, Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Yang Mulia Koperal (B) Dayang Rokiah Binti Haji Tinggal.
The project that focused on House Extension and renovations began in early April this year and it took 49 days to be completed with extension of new living rooms, bed rooms, kitchen and rest rooms.
Chairman of the Titian Amal Project of the RBAF 54th Anniversary, Major (L) Haji Norbahrin bin Haji Muamad said that “the project was also selected by members of the Highest Committee upon continuation of the previous Titian Amal Projectand also suggestion from members of Persatuan Bekas Parajurit in helping retired personnel who are not capable.” He also said “in sincerely providing beneficial efforts which are fitting to the project’s name ‘Titian Amal’, this project also generate towards increasing knowledge of the next generation with visions.”
The guest of honour also presented the Handover Certificate of Titian Amal Project and a Certificate of Appreciation to donors who gave assistance to this project. To bless the Ceremony, a Doa Selamat was recited by the Assistant Head of the RBAF Religious Department (JAMA’AT), Captain Ustaz Ariffin bin Amit.
This project was executed by members of the RBAF comprising of Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy and the Royal Brunei Air Force as well as Persatuan Katak Hijau, Malar Setia Company, Sha-zan Company, Persatuan Bekas Perajurit and Naval Technical Facilities Coordinator Division, MINDEF.
Among present at the ceremony were the Services Commanders, the Joint Forces Commander of RBAF, Military Directors, Commandants, Chairman of the highest Committee of the RBAF 54th Anniversary, Bekas Perajurit Organistion, Liason Chaired Men SSjn (B) Hj Umar Bin Serudin, Representative from Katak Hijau Organisation, Malar Setia Sdn Bhd Company Sha-zan Sdn Bhd Company, also present family members of Corporal (R) Dayang Rokiah Binti Haji Tinggal, as well as officers and invited guests.

ABDB SERAH PROJEK TITIAN AMAL KEPADA KPL(B) ROKIAH BINTE HAJI TINGGAL
TUNGKU, Jumaat 22 Mei 2015 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah sekali lagi berjaya mengungkayahkan Projek Titian Amal di Rumah Mantan Anggota ABDB Rumah Kediaman Koperal (B) Dyg Rokiah binte Haji Tinggal, RPKN, Kampung Tungku. Projek tahunan Titian Amal yang diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-54 pada tahun ini merupakan Projek Titian Amal ke dua dan ianya juga adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan melalui sumbangan dan perkhidmatan kebajikan yang dihulurkan kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Majlis penyerahan projek telah disempurnakan pada pagi ini oleh tetamu kehormat majlis, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB kepada Koperal (B) Dayang Rokiah Binti Hj Tinggal.
Projek yang menumpukan kepada Kerja-Kerja Pembinaan Dan Pengubahsuaian Telah Mengambil Masa Selama 49 Hari Sejak Awal Bulan April 2015 Sehingga Terbinanya Ruang Tamu, Bilik Tidur, Dapur Dan Bilik Air.
Pengerusi Projek Titian Amal Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-54, Mejar (L) Haji Norbahrin bin Haji Muamad dalam ucapannya memaklumkan bahawa “Projek kedua ini juga dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tetinggi atas kesinambungan Projek Titian Amal yang lalu dan juga diatas cadangan ahli-ahli parajurit bagi memberi bantuan kepada mantan-mantan anggota ABDB yang kurang upaya.” Beliau juga menyatakan “Dalam menyumbang penuh keikhlasan memberikan usaha yang bermanfaat sesuai dengan projek diberi nama Projek Titian Amal, projek ini juga menjana kearah peningkatan ilmu selaku generasi berwawasan.”
Tetamu kehormat juga turut menyerahkan Sijil Penyerahan Projek Titian Amal dan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para penyumbang yang memberikan bantuan kepada projek ini. Untuk memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Kapten Ustaz Ariffin bin Amit.
Selepas menyempurnakan acara penyerahan dan penutupan rasmi projek, tetamu kehormat dibawa untuk meninjau Kerja-Kerja Pembinaan Dan Pengubahsuaian tersebut.
Projek ini telah dilaksanakan oleh gabungan-gabungan anggota-anggota ABDB daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei serta Persatuan Katak Hijau, Syarikat Malar Setia Sdn Bhd, Syarikat Sha-zan Sdn Bhd, Persatuan Bekas Perajurit Dan Bahagian Pemeliharaan Kerja Teknikal Muara, Kementerian Pertahanan.
Diantara yang hadir di majlis ini ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan-Komandan, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HUT ABDB ke 54 tahun, Persatuan Bekas Perajurit, Pengerusi Bersama Dengan Ssjn (B) Hj Umar Bin Serudin, Wakil-Wakil Pengurus Persatuan Katak Hijau, Syarikat Malar Setia Sdn Bhd, Syarikat Sha-zan Sdn Bhd, serta ahli keluarga Koperal (B) Dayang Rokiah Binti Haji Tinggal, pegawai-pegawai dan para jemputan.