RIMBA, Friday, 9 April 2021 – The Directorate of Acquisition and Finance hosted the first Civil-Military One Forum (CM1F) for 2021 at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base.
The CM1F was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II. Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries as well as Senior Officers at the Ministry of Defence and RBAF.
The forum began with opening remarks by the Permanent Secretary, Ministry of Defence followed by a presentation and a dialogue session facilitated by the Directorate of Finance and Acquisition relating to budget management matters. In addition to the dialogue, a riadah session was also held in which this provided the opportunity for further civil-military interactions.
The CM1F serves as a platform for senior officials from the Ministry of Defence and RBAF to both interact and hold discussions towards building solidarity in jointly addressing issues of mutual interest.




JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN MENGHOSKAN CIVIL-MILITARY ONE FORUM (CM1F) YANG PERTAMA
RIMBA, Juma’at, 9 April 2021 – Jabatanarah Kewangan dan Perolehan telah menganjurkan
Civil-Military One Forum (CM1F) yang pertama bagi tahun 2021 di Pusat Pergerakan Udara (AMC), Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Forum CM1F berkenaan dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir bersama ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Forum dimulakan dengan penyampaian kata alu-aluan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan dan diteruskan dengan sesi taklimat dan dialog yang disampaikan oleh Jabatanarah Kewangan dan Perolehan mengenai hal ehwal pengurusan bajet. Di samping dialog berkenaan, sebuah sesi riadah juga diadakan yang mana ini turut memberikan peluang untuk memperluaskan lagi interaksi di antara pihak awam dan tentera.
CM1F ialah sebuah landasan bagi pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk berinteraksi dan berbincang ke arah membina perpaduan dan semangat bersatu dalam sama-sama menangani isu-isu berkepentingan bersama.