
TANAH JAMBU, Wednesday, 8 March 2023 – The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) and the Defence Academy of the United Kingdom officially closed the inaugural South East Asia Conference of Commandants today at the DA RBAF’s Auditorium.
Present as guest of honour was Yang Mulia Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Acting Commander RBAF. Also in attendance were RBAF service commanders, military and civilian directors, Defence Attaches/Advisers, representatives from Universiti Brunei Darussalam (UBD) as well as officers from the RBAF.
The ceremony began with a recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Captain Ayza Azrine bin Ayahani from the RBAF Religious Directorate. This was followed by closing remarks from the guest of honour where he highlighted the redefined security environment and the importance of further collaborations with local and higher education learning institutes. This was followed by the presentation of certificates and mementos to the heads of defence universities/military academies who had participated in the conference and concluded with a video presentation and a group photo session.
The two-day conference was a platform for heads of defence universities/military academies from countries in the region to exchange dialogue and best practices in military education as well as to enhance cooperation, especially between military higher learning institutes.








MAJLIS PENUTUP SOUTH EAST ASIA CONFERENCE OF COMMANDANTS YANG PERTAMA 2023
TANAH JAMBU, Rabu, 8 Mac 2023 – Majlis Penutup bagi South East Asia Conference of Commandants 2023 telah diadakan secara rasmi oleh Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) bersama Akademi Pertahanan United Kingdom di Auditorium AP ABDB hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemangku Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah awam dan tentera, Atase-Atase/Penasihat-Penasihat Pertahanan, perwakilan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) serta pegawai-pegawai ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Kapten Ayza Azrine bin Ayahani daripada Jabatanarah Agama ABDB. Ini diikuti dengan ucapan dari tetamu kehormat di mana beliau menekankan keadaan persekitaran sekuriti yang kian berkembang dan kepentingan kolaborasi bersama institut-institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Ini diikuti dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ketua-ketua universiti pertahanan/akademi tentera yang hadir dan diakhiri dengan sebuah tayangan video dan sesi bergambar ramai.
Persidangan dua hari ini merupakan sebuah landasan penting bagi Ketua-ketua universiti pertahanan/akademi tentera dari pelbagai negara untuk saling bertukar dialog dan amalan terbaik di samping meningkatkan kerjasama di antara negara-negara yang terlibat khususnya dari segi pendidikan di kalangan institut-institut pengajian tinggi tentera.