
PENANJONG GARRISON, Thursday, 9 March 2023 – The Closing Ceremony of the 7th English Language Course for Foreign Armed Forces 2022/2023 that was conducted for five weeks from 6 February to 10 March 2023 was held today at Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
Present as guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Acting Commander of the RBAF. Also in attendance were RBAF senior officers, Defence Attachés and representatives from respective embassies of the invited countries.
The closing ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and a speech by Lieutenant Tran Le Khanh Huyen from The Socialist Republic of Vietnam, representing the course participants. The ceremony was followed by closing remarks from the guest of honour, who congratulated all course participants for completing the course. He also emphasised the importance of fostering defence diplomacy within Armed Forces in the region where the English Language was a global language crucial in defence diplomacy, sharing and fostering knowledge, as well as creating more sustainable and resilient cooperation through cultural exchange. The guest of honour expressed hope that participants could apply the knowledge gained and continuously improved their communication skills effectively.
The ceremony then proceeded with the presentation of certificates where the ‘Best Student Award’ was given to Lieutenant Tran Le Khanh Huyen from The Socialist Republic of Vietnam, ‘Best Academic’ to Second Lieutenant Ngo Quang Hoa from The Socialist Republic of Vietnam, ‘Best Oral Presenter’ presented to Lieutenant Xaysomphone Kingkeo from The Lao People Democratic Republic and ‘Best Essay Writing’ was awarded to Captain Tha Chanthuon from The Kingdom of Cambodia. Meanwhile, the ‘Most Improved’ award was given to Sergeant Major 2 Rattana Sanduang from The Kingdom of Thailand, and the ‘Most Enthusiastic’ award went to Lieutenant Colonel Chan Chansophoan from The Kingdom of Cambodia. Finally, the event concluded with the recitation of Doa and a photo session.
The course was attended by both military officers and non-commissioned officers as well as civilian officers from invited countries of The Kingdom of Cambodia, the Republic of Indonesia, The Lao People Democratic Republic, The Kingdom of Thailand and The Socialist Republic of Vietnam. The course programme covered the improvement and knowledge towards English proficiency, particularly in the four key areas of language competency: reading, writing, speaking, and listening.




MAJLIS PENUTUP KURSUS BAHASA INGGERIS BAGI
ANGKATAN TENTERA LUAR NEGARA KALI KE-7 SESI 2022/2023
PENANJONG GARISON, Khamis, 9 Mac 2023 – Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris bagi Angkatan Tentera Luar Negara kali ke-7 Sesi 2022/2023 yang diadakan selama lima minggu dari 6 Februari hingga 10 Mac 2023 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemangku Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan ABDB berserta Atase-Atase Pertahanan Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam dan perwakilan daripada Pejabat Kedutaan-kedutaan Besar daripada negara-negara yang dijemput.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada Leftenan Tran Le Khanh Huyen dari Republik Sosialis Viet Nam, selaku wakil peserta kursus. Majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada tetamu kehormat di mana beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan kursus tersebut. Beliau juga menekankan kepentingan menjalin hubungan yang erat melalui kerjasama pertahanan dengan Angkatan Tentera sahabat di rantau ini di mana Bahasa Inggeris sememangnya merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara global dan penting dalam hubungan diplomasi serta perkongsian ilmu, bahasa dan budaya demi meningkatkan dan mempelbagaikan kerjasama yang mapan dan berdaya tahan. Tetamu kehormat majlis turut berharap agar peserta kursus akan dapat mengaplikasikan pelajaran dan ilmu yang telah diperolehi dan mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil di mana Anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh Leftenan Tran Le Khanh Huyen dari Republik Sosialis Viet Nam, anugerah Akademik Terbaik kepada Leftenan Muda Ngo Quang Hoa dari Republik Sosialis Viet Nam, anugerah Pembentang Terbaik kepada Leftenan Xaysomphone Kingkeo dari Republik Demokratik Rakyat Laos, manakala anugerah Penulisan Esei Terbaik disandang oleh Kapten Tha Chanthuon dari Kerajaan Kemboja. Di samping itu, anugerah bagi peserta kursus yang menunjukkan peningkatan pencapaian diberikan kepada Pegawai Waran 2 Rattana Sanduang dari Kerajaan Thailand manakala anugerah bagi peserta kursus yang menunjukkan semangat yang tinggi diberikan kepada Leftenan Kolonel Phan Chan Chansophoan dari Kerajaan Kemboja. Majlis Penutup tersebut diakhiri dengan bacaan Doa dan sesi bergambar ramai.
Kursus ini dihadiri oleh para pegawai tentera dan pegawai tidak bertauliah tentera serta pegawai awam daripada negara-negara yang dijemput yang terdiri daripada Republik Indonesia, Kerajaan Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Vietnam. Program kursus ini merangkumi peningkatan kemahiran dan pengetahuan tentang penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya pada empat bahagian kecekapan bahasa iaitu membaca, menulis, bercakap dan mendengar.