BOLKIAH GARRISON, Thursday, 25 June 2026 – The Ministry of Defence today received an introductory visit from His Excellency General Ukris Boontanondha, Chief of the Defence Force of the Royal Thai Armed Forces.
Upon arrival at the Ministry of Defence, His Excellency General Ukris Boontanondha was received by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). His Excellency was accorded a General Salute and inspected the Guard of Honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF).
Following the ceremonial welcome, His Excellency General Ukris Boontanondha then proceeded to make a Goodwill Call to the Commander of the RBAF. During the call, both leaders reaffirmed their commitment towards maintaining consistent and ongoing military cooperation between both Armed Forces as well as further strengthening existing defence relations.
Subsequently, His Excellency General Ukris Boontanondha also paid a Courtesy Call to Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call, both sides reiterated their continued commitment to enhancing bilateral defence and military relations. In addition, both sides also expressed their desire to enhance military cooperation through various bilateral and multilateral platforms, as well as explore new opportunities to expand areas of cooperation in the future.
His Excellency General Ukris Boontanondha, Chief of Defence of the Royal Thai Armed Forces, is in Brunei Darussalam for an official visit from 25 June 2026 to 27 June 2026.










LAWATAN PENGENALAN KETUA TURUS PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND KE KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 25 Jun 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menerima lawatan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Sejurus ketibaan di Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha telah disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan menerima Tabik Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Sejurus selesai memeriksa Kawalan Kehormatan, Tuan Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Pemerintah ABDB. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen untuk mengekalkan kerjasama ketenteraan yang konsisten dan berterusan antara kedua-dua Angkatan Tentera, serta mengukuhkan lagi hubungan pertahanan yang sedia ada.
Seterusnya, Tuan Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha juga telah membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan komitmen berterusan mereka bagi memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala. Selain itu, kedua-dua pihak turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan melalui pelbagai platform dua hala dan pelbagai hala, serta meneroka peluang-peluang baharu untuk memperluaskan bidang kerjasama pada masa hadapan.
Terutama Yang Terutama Jeneral Ukris Boontanondha, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 25 Jun 2026 hingga 27 Jun 2026.