BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 16 February 2021 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a thanksgiving prayer ceremony at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence to mark the 47th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah Ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.   

Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence. 

Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Deputy Services Commanders, senior officers, officers and RBAF personnel. 

The event began with a recitation of verses from the Al-Quran read by Lance Corporal Awang Md Zulilmi bin Haji Julahia from the RBAF Religious Department and followed by a mass Maghrib prayer, Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yaasin, a special ‘Doa Kesyukuran’, Qasidah ‘Thalama Asyku Gharami’ and concluded with a mass Isya’ prayer led by Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’. 

Similar events were also held at all suraus in the RBAF garrisons and camps including at Pulau Baru-Baru mosque. 



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-47 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 16 Februari 2021 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan sempena Sambutan Hari Puja Usia Yang ke-47 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. 

Turut hadir ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Timbalan- Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Lans Korporal Awang Md Zulilmi bin Haji Julahia dari Jabatan Agama ABDB dan diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin, Doa Kesyukuran, Qasidah ‘Thalama Asyku Gharami’ dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dipimpin oleh Imam Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’. 

Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garrison dan perkhemahan ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.