BOLKIAH GARRISON, Sunday, 16 February 2020 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a thanksgiving prayer ceremony at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence and other camps to mark the 46th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office.
Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence.
Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF; Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Services Commanders; Deputy Permanent Secretary; Directors; Commandants; senior officers; officers and RBAF personnel.
The event began with a mass Maghrib prayer followed by performing a Sunat Hajat prayer and the recitation of Surah Yaasin and a special ‘Doa Kesyukuran’ and concluded with a mass Isya’ prayer led by Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-46
BOLKIAH GARISON, Ahad, 16 Februari 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan dan semua surau perkhemahan ABDB sempena Sambutan Hari Puja Usia Yang ke-46 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-pengarah, Komandan-komandan; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.
Majlis bermula dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin, bacaan doa kesyukuran dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dipimpin oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’.