BOLKIAH GARRISON, Saturday 16 February 2019 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a thanksgiving prayer ceremony at Bolkiah Garrison and other camps to mark the 45th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office.   

Present as the guest of honour at the event held at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison was Acting Joint Force Commander, Captain Yusof bin Masron, RBN. Also in attendance were senior officers; officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF. 

The ceremony began with the recital of Surah Al-Ma’idah by Imam Fadli bin Haji Awang, Imam of Surau Ad-Difa’. This was followed by mass Maghrib prayers, Sunat Hajat prayers, recital of Surah Yaasin and Doa Khusus as well as Isya’ prayers led by Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’. 




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA KE-45 TAHUN
DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA 

BOLKIAH GARISON, Sabtu, 16 Februari 2019 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Bolkiah Garison dan semua perkhemahan sempena Sambutan Hari Puja Usia Yang Ke-45 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Kepten Yusof bin Masron, TLDB. Turut hadir ialah pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah oleh Imam Fadli bin Haji Awang, Imam Surau Ad-Difa’.
Ini diikuti dengan sembahyang fardhu Maghrib, sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin, Doa Khusus dan sembahyang fardhu Isya’ berjemaah yang diketuai oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’.