BOLKIAH GARRISON, Monday, 9 December 2019 – A thanksgiving prayer ceremony for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 15th International Monitoring Team (IMT) contingent and peacekeepers embedded with the Malaysian Battalion 850-6 (MALBATT 850-6) of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

The 15th IMT comprising seven RBAF personnel and an officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF) that was led by Lieutenant Colonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi returned home on 6 September 2019. Meanwhile, the UNIFIL peacekeepers comprising 29 RBAF personnel that was led by Major Daud bin Etim returned home on 10 November 2019.

The event began with a mass Asar prayer, and was followed by thanksgiving doa and Dikir Marhaban led by Imam Shuib bin Haji Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa’.

Present at the ceremony was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF. 

Also present were members of the Defence Executive Committee, directors, senior officers and personnel from Ministry of Defence and RBAF.


DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN ANGGOTA IMT DAN PENGAMAN UNIFIL

BOLKIAH GARISON, Isnin, 9 Disember 2019 – Majlis doa kesyukuran bagi kepulangan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dari kumpulan ke 15 Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) dan anggota-anggota ABDB yang mengikuti misi pengaman bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di bawah Malaysian Battalion (MALBATT 850-6) telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

Kumpulan IMT ke-15 seramai 8 orang yang terdiri dari 7 anggota ABDB dan seorang anggota Polis Diraja Brunei yang mana diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi telah kembali ke tanah air pada 6 September 2019. Manakala anggota ABDB yang mengikuti misi pengaman bagi Pasukan UNIFIL di bawah MALBATT 850-6 seramai 29 orang diketuai oleh  Mejar Daud bin Etim telah kembali ke tanah air pada 10 November 2019.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar, dan diikuti dengan Doa Kesyukuran dan Dikir Marhaban diketuai oleh Iman Shuib bin Haji Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.