BOLKIAH GARRISON, Friday, 28 September 2018 – A thanksgiving prayer ceremony was held today at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison for the 14th International Monitoring Team (IMT) contingent that safely returned to Brunei Darussalam early in the month. 

Comprising of eight Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and an officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF), the 14th IMT completed their one-year long mission in Mindanao and returned on 6 September 2018. 

Present at the ceremony was Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; and Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

The event began with the recitation of wirid, thanksgiving prayer followed by Dzikir Marhaban to celebrate the safe return of the IMT members.

Also present at this event were the Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Defence, civilian and military directors, senior officers and members of the Ministry of Defence and RBAF.

MAJLIS DOA KESYUKURAN KEPULANGAN PASUKAN
PEMANTAU ANTARABANGSA (IMT) KE-14

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 September 2018 – Majlis doa kesyukuran bagi kepulangan Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) ke-14 yang selamat kembali ke tanahair pada awal bulan ini telah diadakan di Surau  Ad-Difa’,  Bolkiah Garison.

Pasukan ke-14 ini dianggotai oleh 8 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei.  Kumpulan ke-14 ini telah pun menamatkan misinya sebagai Pasukan Pemantau Antarabangsa di kepulauan Mindanao dalam tempoh satu tahun dan kembali ke tanahair pada 6 September yang lalu.

Hadir  ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah; dan Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Acara dimulakan dengan bacaan wirid doa selamat, doa kesyukuran, seterusnya diikuti dengan bacaan dikir marhaban bagi menyambut kepulangan pegawai dan anggota yang diraikan.

Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah awam dan tentera serta pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.